Showing posts with label murah. Show all posts
Showing posts with label murah. Show all posts

Tuesday, April 19, 2016

:: Trip Bajet Ke Guangzhou, China ::

Assalamualaikum semua,

Fuh,fuh,fuh..(tiup habuk yang bersawang di blog)..

Lama tak update. Skang Anis nk update coming soon punya trip ke Guangzhou, China. Kemain sangat. Anis akan fly this saturday ke Guangzhou. Seperti biasa trip kali ni adalah untuk berjalan-jalan sambil membeli belah untuk keperluan raya. Sampai ke China ko. Dah nya barang pun asyik 'Made In China' je. Plus nak cari barang untuk berniaga this coming Ramadhan. Berniaga secara kecil-kecilan sahajo di bazar Ramadhan. Bukan niaga makanan. Meniaga barang-barang yang tengah trend. Huhuhuhu. Seperti biasa trip Anis haruslah secara backpack. Tapi tak lah backpack tegar sangat. Adalah beg tarik. Maksudnya disini, Anis jalan sendiri-sendiri. Dari beli tiket flight smpai lah hotel, transport semua.Sebab apa tak suka pakai travel agency, rasanya entry yang lepas banyak dah Anis cerita pasai apa. So, kat sini Anis nak share bajet permulaan Anis ye.
Firstly, Anis ucapkan terima kasih kepada AirAsia kerana tampamu tak mungkin Anis akan berjalan 2,3 kali setahun. Wahhh..gituuu.Semua pembelian tiket adalah tiket promo yang jangka masa nya adalah 7 bulan hingga setahun sebelum fly. Lama kan. Biasalah, dah nama pun tiket murah. Macam tiket Guangzhou ni, Anis beli Bulan Jun 2015. Tarikh fly bulan April 2016. Ha..korang kira sendirilah berapa lama ye. Macam ni lah nak bercuti ala jimat. Tiket pun jauh-jauh kedepan. Terlalu banyak risiko. Macam-macam boleh jadi ye. Tapi book jela kerana tiket promo tidak menunggu kita. Hahahahaha. Dah kelaut pulak dh. Ok, ni betul nak sharing bajet apa yang Anis buat dari KL sebelum sampai Guangzhou agar memudahkan korang plan. Kalau tak suka plan ok jugak. Korang redah lah ikut suka.

Tiket Flight (Return)   -       RM350 (exclude lugage,food,insurance) - 1 pax
Hotel (** hotel)           -       RM428 (4hari3malam) - 2 pax
Visa China                 -       RM121 (Single Entry) -1 pax
Total                          -       RM685.00

Ni adalah kos Anis sebelum berangkat ke China. Visa tu kalau pergi dekat embassy dia charge RM100 kalau tak salah Anis, tapi biasalah busy mengalahkan PM, so Anis upah travel agency je yang buat. 5 hari bekerja sudahlah siap. Anis saja pilih single entry sebabnya tak cukup duit nak buat double entry. Harga double lah kalau tuk double entry. Untuk hotel tu korang devide la berdua ye. Murahkan. Anis saja pilih hotel biasa sebabnya nak gi Guangzhou nak beli barang kan. Malam je nak rest. Rasa membazir spent memahal kalau bilik terbiar sepi diwaktu siang. Ohh..rugi betul. Anis booking guna Agoda.com and baca review nampak semuanya ok. Hopefully semuanya oklah. So, next entry Anis pasal trip pulak.

Ni map hotel. Ni Anis print siap2 dari KL. Sebabnya orang China tak paham English ye. Kang mau macam ayam itik plak.

                         
post signature
 

Thursday, March 10, 2016

:: Arai Murah Di Jepun (PART II) ::

 
Salam, hai korang. Nak update sikit ni. Anis mungkin akan ke Jepun this year. But tak sure bulan bila, tapi kalau ada tiket murah for sure Anis akan grab sebab kan dalam entry yang lepas berkenaan helmet Arai tu, Anis mmg bercadang untuk hadiahkan pada husband. So, Anis nak open order untuk sesiapa yang nak kirim helmet samada fullface ataupun yg tak fullface. Harga mengikut currency semasa ye. Bagi Anis jenis design yang uolls nak. Then Anis akan tengak samada availlable lagi ke tak. If anything korang boleh WA/PM sahaja ye. 013 2218408 atau 013 2698400. Ini untuk yang betul-betul serius.

Contoh design macam ni. 
Ni dalam hrga RM1800+. Design lain depands.


 
Then, for sure Anis akan charge sikit ye. Yela kos Anis nak packing lagi then if anything happend kat kastam. Kan helmet korang jugak. Tp semestinya lagi murah dari hrga yang kat kedai. Sebab Anis nak korang merasa gak beli. Semestinya dengan box dan resit. No worries. Original from Japan. So, if anything yang korang nak tahu WA/PM sahaja ye. 013 2218408 atau 013 2698400. 

Jangan lepaskan peluang!
 
 
 
 
 
post signature
 

Wednesday, December 30, 2015

:: 5 Tips Hebat Untuk Melancong Secara Bajet ::

 
Assalamualaikum korang. Lama tak update. Busy kemain. Harini Anis just nak share tips-tips untuk melancong secara bajet. Cara ini Anis applykan dalam setiap percutian bajet Anis. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan juga kadang tu ada jugak la tersasar sikit. Almaklumkan, Anis pun baru lagi nak cuti-cuti ni. Masih nubis dalam bahasa-bahasa backpackers. Oh ya. Anis pun bukanlah backpackers tegar ye. Sebab kadang bawak baby sekali. Jadinya banyak rintangan untuk jadi backpack sejati ye. Lenguh tangan bagai. Dengan crancky baby lagi. Memang bertabah jela kadang tu. Ok, mari Anis share 5 tips hebat ye.

1.   Pertama sekali haruslah TIKET PROMO. Tiket promo ni selalunya keluar awal setahun atau kurang setahun. Tapi untuk tiket kurang setahun harga nya adalah tidak sama untuk yang awal setahun. Paham tak? Ni konsepnya. Disinilah melibatkan perancangan yang betul apabila terdapat tiket promo awal dari setahun. Maksudnya harga tiket keluar pada awal Januari 2015 dan travel adalah untuk awal Januari 2016. Kalau perancangan tidak betul makanya baik lupakan hasrat untuk menggunakan tiket promo. TETAPI, ada masa-masa tertentu gak, dapat tiket murah last-last minit untuk travel seperti contoh 2,3 bulan awal. Maka, ini memang bertuah sangat ok. Ni depands ye. Kalaulah bertuah. Anis adalah dapat 2,3 kali gak.


2.    Kedua ialah BOOKING PENGINAPAN SECARA ONLINE BEBERAPA BULAN AWAL. Ni memang apa yang Anis praktikkan. Anis selalu guna Agoda.com sahaja. Alhamdulillah servis ok dan memuaskan. Tak pernah lagi jadi kes yang bukan-bukan.


3.    Ketiga ialah ITINERARY. Ni pun penting ok. Perancangan dalam percutian. Tak pelah even tersasar sikit pun. Jadinya kita tahu kemana nak tuju kemana harini, esok, lusa macam mane. Incase hujan ke apa, so, boleh pindah-pindahkan mana-mana kawasan yang kita nak pergi ikut kesesuaian. Selalu dalam itinerary ni Anis akan include kan kos-kos seperti contoh tambang transport ke, minyak ke. Buat anggaran je. 

4.   Keempat ialah PEMBELIAN TIKET-TIKET THEMEPARK DAN SEANGKATANNYA SECARA ONLINE. Ok, ni pun salah satu berjimat. Adakah korang tahu dengan pembelian secara online lebih jimat banyak. Bak kata orang berbaloi-baloi. Seperti contoh destinasi Australia. Nak masuk theme park, currumbin wildlife semuanya memerlukan wang ok. Jadi salah satu website yang membantu adalah Groupon Australia. Memang membantu sangat. Murah la dari beli on the spot. Murah banyak. Plus dapat jimat masa dengan tak perlu nak beratur panjang bagai nak beli tiket.


5.   Kelima dan terakhir sekali ialah BEKALAN MAKANAN. Bagi anda yang cerewet bab makan maksudnya makanan disesebuah negara tersebut tidak kene dengan tekak/selera anda. Silalah bawa bekalan makanan yang mencukupi ok. Bukan apa. Kalau berWang tak salah pun nak beli makanan. Tapi diingatkan untuk makanan halal di luar negara harganya hampir sekali ganda ye bergantung pada jenis makanan. Contoh kebab paling murah pun dalam RM15-RM20. Takkan lah nak makan kebab hari-hari kan. Jadi dekat sini dah boleh fikir dah. Selalu Anis memang spare makanan segera seperti nasi Brahim's, Maggie, Tuna, Roti dan sebagainya. Tapi kadang tu tak cukup jugak bekalan makanan yang Anis bawa. Tapi bolehlah jugak cover mana yang patut.


So conclusionnya, ni adalah antara tips yang Anis praktikkan ketika bercuti secara bajet. Kalau betul turutannya, maka sempurnalah percutian tersebut. Tapi ingat, kita merancang, papa pun boleh jadi. Anis harap semoga tips hebat untuk melancong secara bajet ni menjadi panduan untuk korang diluar sana yang inginkan percutian secara bajet di dalam erti kata lain, berhemah. Good Luck!!

Yeahhh!!

 
 
 
post signature