Tuesday, April 19, 2016

:: Trip Bajet Ke Guangzhou, China ::

Assalamualaikum semua,

Fuh,fuh,fuh..(tiup habuk yang bersawang di blog)..

Lama tak update. Skang Anis nk update coming soon punya trip ke Guangzhou, China. Kemain sangat. Anis akan fly this saturday ke Guangzhou. Seperti biasa trip kali ni adalah untuk berjalan-jalan sambil membeli belah untuk keperluan raya. Sampai ke China ko. Dah nya barang pun asyik 'Made In China' je. Plus nak cari barang untuk berniaga this coming Ramadhan. Berniaga secara kecil-kecilan sahajo di bazar Ramadhan. Bukan niaga makanan. Meniaga barang-barang yang tengah trend. Huhuhuhu. Seperti biasa trip Anis haruslah secara backpack. Tapi tak lah backpack tegar sangat. Adalah beg tarik. Maksudnya disini, Anis jalan sendiri-sendiri. Dari beli tiket flight smpai lah hotel, transport semua.Sebab apa tak suka pakai travel agency, rasanya entry yang lepas banyak dah Anis cerita pasai apa. So, kat sini Anis nak share bajet permulaan Anis ye.
Firstly, Anis ucapkan terima kasih kepada AirAsia kerana tampamu tak mungkin Anis akan berjalan 2,3 kali setahun. Wahhh..gituuu.Semua pembelian tiket adalah tiket promo yang jangka masa nya adalah 7 bulan hingga setahun sebelum fly. Lama kan. Biasalah, dah nama pun tiket murah. Macam tiket Guangzhou ni, Anis beli Bulan Jun 2015. Tarikh fly bulan April 2016. Ha..korang kira sendirilah berapa lama ye. Macam ni lah nak bercuti ala jimat. Tiket pun jauh-jauh kedepan. Terlalu banyak risiko. Macam-macam boleh jadi ye. Tapi book jela kerana tiket promo tidak menunggu kita. Hahahahaha. Dah kelaut pulak dh. Ok, ni betul nak sharing bajet apa yang Anis buat dari KL sebelum sampai Guangzhou agar memudahkan korang plan. Kalau tak suka plan ok jugak. Korang redah lah ikut suka.

Tiket Flight (Return)   -       RM350 (exclude lugage,food,insurance) - 1 pax
Hotel (** hotel)           -       RM428 (4hari3malam) - 2 pax
Visa China                 -       RM121 (Single Entry) -1 pax
Total                          -       RM685.00

Ni adalah kos Anis sebelum berangkat ke China. Visa tu kalau pergi dekat embassy dia charge RM100 kalau tak salah Anis, tapi biasalah busy mengalahkan PM, so Anis upah travel agency je yang buat. 5 hari bekerja sudahlah siap. Anis saja pilih single entry sebabnya tak cukup duit nak buat double entry. Harga double lah kalau tuk double entry. Untuk hotel tu korang devide la berdua ye. Murahkan. Anis saja pilih hotel biasa sebabnya nak gi Guangzhou nak beli barang kan. Malam je nak rest. Rasa membazir spent memahal kalau bilik terbiar sepi diwaktu siang. Ohh..rugi betul. Anis booking guna Agoda.com and baca review nampak semuanya ok. Hopefully semuanya oklah. So, next entry Anis pasal trip pulak.

Ni map hotel. Ni Anis print siap2 dari KL. Sebabnya orang China tak paham English ye. Kang mau macam ayam itik plak.

                         
post signature
 

3 comments:

  1. Anis, anis tau tak lubuk shopping barang murah kat mana? Nanti kalau anis pergi lagi nak join boleh? Hehehe

    ReplyDelete
  2. Cuaca bulan april macam mana ye sis.. Panas sgt ke

    ReplyDelete