Wednesday, December 30, 2015

:: 5 Tips Hebat Untuk Melancong Secara Bajet ::

 
Assalamualaikum korang. Lama tak update. Busy kemain. Harini Anis just nak share tips-tips untuk melancong secara bajet. Cara ini Anis applykan dalam setiap percutian bajet Anis. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan juga kadang tu ada jugak la tersasar sikit. Almaklumkan, Anis pun baru lagi nak cuti-cuti ni. Masih nubis dalam bahasa-bahasa backpackers. Oh ya. Anis pun bukanlah backpackers tegar ye. Sebab kadang bawak baby sekali. Jadinya banyak rintangan untuk jadi backpack sejati ye. Lenguh tangan bagai. Dengan crancky baby lagi. Memang bertabah jela kadang tu. Ok, mari Anis share 5 tips hebat ye.

1.   Pertama sekali haruslah TIKET PROMO. Tiket promo ni selalunya keluar awal setahun atau kurang setahun. Tapi untuk tiket kurang setahun harga nya adalah tidak sama untuk yang awal setahun. Paham tak? Ni konsepnya. Disinilah melibatkan perancangan yang betul apabila terdapat tiket promo awal dari setahun. Maksudnya harga tiket keluar pada awal Januari 2015 dan travel adalah untuk awal Januari 2016. Kalau perancangan tidak betul makanya baik lupakan hasrat untuk menggunakan tiket promo. TETAPI, ada masa-masa tertentu gak, dapat tiket murah last-last minit untuk travel seperti contoh 2,3 bulan awal. Maka, ini memang bertuah sangat ok. Ni depands ye. Kalaulah bertuah. Anis adalah dapat 2,3 kali gak.


2.    Kedua ialah BOOKING PENGINAPAN SECARA ONLINE BEBERAPA BULAN AWAL. Ni memang apa yang Anis praktikkan. Anis selalu guna Agoda.com sahaja. Alhamdulillah servis ok dan memuaskan. Tak pernah lagi jadi kes yang bukan-bukan.


3.    Ketiga ialah ITINERARY. Ni pun penting ok. Perancangan dalam percutian. Tak pelah even tersasar sikit pun. Jadinya kita tahu kemana nak tuju kemana harini, esok, lusa macam mane. Incase hujan ke apa, so, boleh pindah-pindahkan mana-mana kawasan yang kita nak pergi ikut kesesuaian. Selalu dalam itinerary ni Anis akan include kan kos-kos seperti contoh tambang transport ke, minyak ke. Buat anggaran je. 

4.   Keempat ialah PEMBELIAN TIKET-TIKET THEMEPARK DAN SEANGKATANNYA SECARA ONLINE. Ok, ni pun salah satu berjimat. Adakah korang tahu dengan pembelian secara online lebih jimat banyak. Bak kata orang berbaloi-baloi. Seperti contoh destinasi Australia. Nak masuk theme park, currumbin wildlife semuanya memerlukan wang ok. Jadi salah satu website yang membantu adalah Groupon Australia. Memang membantu sangat. Murah la dari beli on the spot. Murah banyak. Plus dapat jimat masa dengan tak perlu nak beratur panjang bagai nak beli tiket.


5.   Kelima dan terakhir sekali ialah BEKALAN MAKANAN. Bagi anda yang cerewet bab makan maksudnya makanan disesebuah negara tersebut tidak kene dengan tekak/selera anda. Silalah bawa bekalan makanan yang mencukupi ok. Bukan apa. Kalau berWang tak salah pun nak beli makanan. Tapi diingatkan untuk makanan halal di luar negara harganya hampir sekali ganda ye bergantung pada jenis makanan. Contoh kebab paling murah pun dalam RM15-RM20. Takkan lah nak makan kebab hari-hari kan. Jadi dekat sini dah boleh fikir dah. Selalu Anis memang spare makanan segera seperti nasi Brahim's, Maggie, Tuna, Roti dan sebagainya. Tapi kadang tu tak cukup jugak bekalan makanan yang Anis bawa. Tapi bolehlah jugak cover mana yang patut.


So conclusionnya, ni adalah antara tips yang Anis praktikkan ketika bercuti secara bajet. Kalau betul turutannya, maka sempurnalah percutian tersebut. Tapi ingat, kita merancang, papa pun boleh jadi. Anis harap semoga tips hebat untuk melancong secara bajet ni menjadi panduan untuk korang diluar sana yang inginkan percutian secara bajet di dalam erti kata lain, berhemah. Good Luck!!

Yeahhh!!

 
 
 
post signature