Friday, December 14, 2012

:: Kepulauan Maldives ::



Salam..


Nak share pic Maldives. Subhanallah. Memang canti tak terkata.



Ada rezeki memang saya dan suami nak kesini lagi. (^_^).



Post Syok Sendiri..Kikiki


Ambil Feel..


Ewahhh..


Seketika..


Taraaa...Welcome To Maldives..


Water Villas at Paradise Island Resort & Spa, Maldives


Gituueewww =)


Sesaje..


(^_^)


Anak Ikan Jerung Yang Jinak


Hope Sangat Dapat Sampai Sini Lagi..


Pasir Putih Tepi Pantai Sejernih Air. Ntah Apa Aku Merepek..


Inai Di Jari Kaki..


Ikan Pari Ni Nak MAsak Asam Pedas..Ke Ikan Bakar??Nyum..Nyum..

:: Musim Baju Peplum ::



Salam..

Akhirnya Anis dapat gak memiliki baju peplum. Almaklumlah tengah trend skang. Boleh gak la pakai tuk wedding sepupu Anis nanti. Anis beli 2 jenis. Satu songket peplum. Kira ala-ala songket. Then lagi satu peplum biasa saja. Gumbira hati bila dah dapat baju peplum ni.hihihihi



Baju Peplum Idamankuuuuu (^_^)







p/s : sila abaikan keadaan bilik yang bersepah..kikikiki

:: DIY Bakul Hantaran Yang Simple & Menepati Bajet ::

Salam...

Anis nak share design bakul Anis time kahwin haritu. ni je yang sempat Anis snap. Tema adalah biru pekat. Gigih mencari bunga ni,akhirnya Anis dapat gak. Sampai ke Balakong mencari.

Bakul : Fah Lean, Balakong
Bunga Biru & Bunga Putih : Fah Lean, Balakong
Bunga Ekor : Vivian, Chowkit

Keseluruhannya..merata-rata cari semua ni untuk siapkan 13 buah hantaran Anis.

Sempat Snap 3 Bakul Je dari 13 Bakul..huhuhuhu


Pandangan Atas


Pandangan Sisi


Pandangan Hadapan

Tuesday, November 27, 2012

:: Honeymoon di Maldives ::

Salam...

Nak story pasal Maldives.Memang AWESOME!!!Tak tahu nak story macam mane,tp pulau dekat Maldives memang antara yang tercantik yang Anis pernah pergi.


Time ni tunggu tuk Guest Registeration.Subahanallah.Memang indah ciptaan Allah.Air dia,udara dia memang menyegarkan. Picture ni dari side lounge Paradise Island Resort & Spa.

Picture ni dari Airport Male,Maldives.Depan tu ialah bandar Male.Dia berasingan tau.So,nak ke bandar Male ataupun nak ke airport ataupun nak ke resort-resort kene naik speedboat ataupun seaplane.Ikut sukala nak naik apa asal ada duit je.Time Anis nak ke bandar Male ni,Anis dan suami pilih naik speedboat.Harga cume $2 seorang sehala.naik boat biasa pula $1 je.Jadi ikut suka je nak naik mana.

So,sampai sini je story pasal Maldives k.Nanti Anis sambung lagi.Apa yang pasti,if ada rezeki lagi,memang nak pergi Maldives lagi.Insyaallah.

:: Pelamin Yang Diinginkan Akhirnya Tercapai ::

Salam...

Hai korang.Harini nak share pasal pelamin time Anis nikah & sanding haritu.100% dari Zaha Wedding Planner,Ipoh.Mane-mane B2B yang nak kahwin dan sedang mencari tu.Anis rekemen sangat-sangat wedding planner ni.Sangat berpuas hati.So,Anis share picture ok.

Pelamin Nikah by Zaha Wedding Planner,Ipoh


Pelamin Sanding by Zaha Wedding Planner,Ipoh

Lagi satu baju sanding.Anis memang tempah sebabkan Mama Anis yang nakkan songket time majlis Anis.Anis minat sangat dengan design Scha Al Yahya time wedding yang pakai songket hijau zamrud tu.Meleleh je tengok,so Anis decide amik design ala-ala dia then,suruh Zaha buatkan.So,the result is Anis sangat-sangat berpuas hati dan Mama pun nampak happy je.



Baju Songket Biru Time Majlis Sanding Anis by Zaha,Wedding Planner,Ipoh.Suke Sangat.

Kasut Sanding Pun Memang Suke Sangat by Zaha Wedding Planner,Ipoh.

Apa-apa pun semuanya telah selesai.Alhamdulillah lega sangat.Apa yang Anis impikan tercapai.Anis guna apa yang ada je.terima kasih sangat-sangat pada Abah dan Mama terutamanya yang bersusah payah tuk majlis Anis ni.Anis bagi Abah Mama MENANTU ni.hehehehe..(^_^)


Doakan Anis dan Suami.Semoga Hubungan Kami Berkekalan Hingga Ke AKhir Hayat.Aminnnnnn.

Thursday, November 8, 2012

:: Songket Lace For My Wedding ::

Salam..

Hai korang.Sihat?Alhamdulillah Anis dan selamat menjadi Puan.Hihihi.Kat sini Anis nak share something iaitu baju sanding Anis time majlis resepsi Anis hari.Baju ini dari idea mama sebenarnya yang nakkan songket.Jadi,setelah berbincang dengan wedding planner Anis,maka lahirlah baju songket Anis yang Anis berpuas hati sangat.Tapi gambar full takde pula.So, Anis upload mane yang ade jela ok.

Family Anis (^_^)

Tu Dia...Hihihi

Konsep Moden Tradisional Yang Mengetengahkan Songket Inspirasi Dari Baju Wedding Scha & Awal.

Dengan Rakan-Rakan Office (^_^)

Family Belah Lelaki.Meriah Semuanya.This Week Majlis Sana Pulak.Ke Muo La Kite (^_^)



Alhamdulillah,majlis telah selesai. And Anis berpuas hati sangat-sangat dengan perkhidmatan wedding planner Anis iaitu ZAHA WEDDING PLANNER di Ipoh.Gud job & thanks a lot to team Zaha. And kepada big bos Zaha iaitu Zaid, Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahgia hingga ke akhir hayat. (^_^)

Full baju wedding Anis, insyaallah Anis uploadkan.

Monday, October 29, 2012

:: Kek Kahwin Punya Kisah.. ::

Kek Idaman sebenarnya ni. Tapi mahal sangat kek ini.Penyebab mahal adalah fondant nye dan designnya.Pikir punya pikir,so,tuk sedapkan hati tukar kek lain.Sebenarnya Anis minat pada bentuk dia iaitu pillow cake.Tu je reason die.Marah Encik Tunang sebab mahal sangat kek. Tak meriah pulak kalau takde kek kahwin nak di potongkan.So, Anis decid tempah yang biasa sajela.  p/s: sumber gambar dari google 

Haaaa..Ini memang favourite Ok. Rainbow Cake.Anis suka sangat kek ni sebab tengokla.Happening gila kot warna dia dan pastinya SEDAP.Anis memang selalu jugakla tempah dekat Nazeha ni.Time tunang pun Anis memang tempah pada Nazeha and time sepupu Anis tunang pun, Anis tempahkan kek kat Nazeha jugak.So, kesudahannya kek kahwin Anis nanti ialah Rainbow cake saje.Bagi Anis jangan sedap mata memandang,tapi tak sedap untuk dimakan haru jugak kan.Yang ini memang tiptop!

Design luar kek kahwin Anis nanti adalah begini saja.Simple je Anis nak.Ntahla, taste Anis memang pelik-pelik sikit sebenarnya. Ikut dan je.Anis yang nak makan.Haruslah sedap.Lagipun bagi orang makan pun,memang tak malu lah.Memang Sedap!!

:: 5 Hari,4 Hari,3 Hari,2 Hari,1 Hari & hari Yang Dinanti... ::

Salammmm..

Hai semua. Lagi 4 hari saja majlis Anis akan berlangsung. Perasaan??Of course berdebar.Fuhhh..Anis berharap majlis nanti berjalan dengan lancarnye.Just a simple dan meriah majlisnye.Itu sudah memadai. Banyak benda nk story, tapi masa tidak mengizinkan. Nanti if Anis ada kelapangan adalah story berkenaan DIY Anis dan seangkatan dengannya.

Ok la..nak buat asiment.Huhuhu. Hari rabu ni na naik ke KL balik untuk amik kek dekat Nazeha & pergi Spa.Arggghhh..serius  tak sabar.

Friday, October 12, 2012

:: DIY Guest Book ::

Salam,

Akhirnya siap gak guest book Anis. Anis buat sendiri je ni. Modal RM30 saje. Buku ni Anis beli yang dah siap punye dekat Popular and Anis just tambah la sikit hiasan-hiasan di atas kulit muka ni.Hihihihi.Modal untuk hiasan ialah lebihan pearl dan reben masa Anis tunang haritu dan juga time buat bakul hantaran.Jimat itu pasti!!So kepada B2B,pilihan di tangan anda.


p/s : tak sabar nak kahwin la pulak..hihihi (^_^)

:: Paradise Island Resort & Spa ::


Salam,


Hi semua. Harini Anis nak share tentang resort yang Anis ambil untuk honeymoon dekat Maldives nanti. Paradise Island Resort & Spa. Anis ambil pakej honeymoon untuk kesini. Nak pergi sendiri-sendiri Anis tak tahu macam mane tempat tu lagi, so decide untuk ambil pakej dengan Summit Holidays travel agency dekat Sri Hartamas. Tiket flight Anis beli sendiri. So, memang just ambil pakej semata.


Sebenarnya Anis nak kan pakej Club Med. Tapi time Anis pergi tu Peak Seoson, so price range die adalah 7k untuk 2 orang. So, Anis terpaksa membatalkan impian itu, dan memilih resort ini sahaja.Sedihkan?Sob sob sob. 

Pakej Anis berharga Rm3200 untuk 2 orang untuk 4 hari 3 malam. Anis rasa okla sebab bilik Anis nanti bukan dekat atas laut pun just dekat persisir pantai die  SEBAB kalau Anis ambil bilik dekat atas laut, harga memcecah 2k-3k satu malam untuk seorang. Itu pun tengok jenis resort yang mana anda nak. Dan Anis rasa Anis tak mampu nak habiskan 8k tuk malam + harga pasangan = 16k tuk 4 hari 3 malam. Haiyoooo..pengsan. Jadi, pilihan di tangan anda. Semua resort pun amatlah cantik-cantik dan terpulanglah kepada selera anda semua untuk memilih ikut kemampuan. At least, Anis dapat gak merasa pergi ke Maldives ni even duduk dekat persisir pantai je.Hihihihi...

Sedikit gambar bagi semangat sikit nak pergi honeymoon nih. Tak sabar!!

Ini ialah kawasan Paradise Island Resort & Spa
Yang ini cantik, tapi mahal dekat Paradise Island Resort & Spa ni.Harga mencecah 2k-3k satu malam. Kalau pilih bilik dekat sini, anda boleh terjun terus je kat laut tu. Dah macam kolam renang ok. Adoi..Pengsan..Tempat ini selamat, takde ikan jerung ke ape ke dan seangkatan dengannya!. Jangan risau!
Bilik Anis nanti. Bilik biasa saja.




Sunday, October 7, 2012

:: Sumber Inspirasi Baju Sandingku ::

Ok..sini Anis nak story baju yang akan Anis pakai time sanding side Anis.Tema adalah songket.Moden tradisional sebenarnya.Sebenarnya mama Anis yang nakkan songket,so..Anis ikutkan kata mama.Asalkan Mama happy,Anis pun senang hati.Anis pun tak tahulah songket yang Anis nak pakai tu cantik ke tak.Haiyoo..Anis harap cantikla.Warna tema adalah ROYAL BLUE + SILVER.Anis harap sangat supaya baju tu nanti menepati citarasa Anis.Mudah-mudahan.Amin..Huhuhu

Baju ni Anis ambil dari design Awal & Scha.Haaa..Bagi Anis ok la.Tak tahula bagi korang semua.Skang tak boleh nak imagine.Takut jadi lain.hahahaha..Anis rase design ni je Anis berkenan tuk songket.Ala-ala kebaya pendek zaman dolu-dolu.hihihihi.

Sweet Sangat..
I wish!!
Sepadan ok!




source : google 

:: Bersawang-Sawangannnn ::

Salammm..Hi semua.Nampak gayanye bersawang dah blog ni.Banyak yang perlu diupdate,tapi kebizian.Dengan class.Banyak yang Anis nak cerita.Lagi berapa minggu je tinggal lagi.Persiapan alhamdulillah.Tinggal baju untuk side Anis je tunggu siap and fitting balik.Barang hantaran semua sudah siap.And HONEYMOON!!Hoorey..Anis dah dapat apa yang Anis nak.Hoi MALDIVES.Tunggu Anis ok.Haihhh..amatlah tidak sabar.Nanti Anis akan update hantaran yang Anis buat.Ini kira budget punya tapi menepati apa yang Anis nak sebenarnya.Lagi apa ye?Hurm..nanti pikir.Dah lost dah idea.Otak pun dah tingtong akibat asignment yang menggila.


p/s : Nanti sambung lagi.Doakan Anis.. =).Pic yang Anis attach tu,kenderaan baru Kami nak pergi kerja nanti..Muaaahahahaha..Sakit Bontot ok!Sekian (^_^)

Belalang Kunyit Si Tunang

Monday, August 6, 2012

:: Counting My Days To Maldives ::

Akhirnya, Anis dapat honeymoon yang Anis idamkan..Maldives..Wahhh..Tak sabar ok.Tiket tengah offer time tu,so,Anis grab je.Naik MAS.So,ini 1st time Anis naik MAS.Nanti bulan 9 baru survey pakej time Matta Fair.Beginilah caranya kalau nk budget.Kesian sungguh.Alhamdullilah rezeki yang tuhan bagi.Tak sabar.

Wahhhh..

Dan ini Makan ribu riban untuk satu malam untuk seorang ok.Tak mampu.Cari budget yang sesuai.Hihihihi

Sabarlah Anis..(^_^)


Friday, June 22, 2012

:: DIY Stiker ::

Untuk stiker kahwin nanti anis design sendiri stiker anis.Sekarang tinggal nak print je lagi.Mudah-mudahan menjadi (^_^).Total kos untuk stiker anis dlm RM100 untuk 2000 pcs tq stiker.Bagus kan?? hihihi..Selamat Berjimat dengan DIY.

Thursday, June 21, 2012

:: Veil Nikah ::

Ok..skang anis tengah semangat nak DIY veil untuk nikah.Aiyooo..tak tahula sampai bile semangat tu berkobar-kobar,tapi semalam dh beli kain chiffon dekat nagoya.haaa..murah gitu.RM6 je semeter.So,tinggal nak beli lace untuk tampalkan pada veil tersebut.Mudah-mudahan menjadi.Skang anis tengah baca semua story berkenaan DIY veil untuk kain chiffon.Tak tahulah menjadi macam mana ye dak..hihihihi.Wish Me Luck (^_^)

Just nak veil simple macam ni je.Mudah-mudahan menjadi.hihihihi

Tuesday, June 19, 2012

:: Lagi 5 Bulan (^_^) ::

Lagi 5 bulan..apa ye patut dibuat?So far,macam-macam dah Anis settlekan cuma ujian HIV member anis cakap lagi 3 bulan sebelum kahwin.Kad kahwin dah book,cuma anis belum fill in lagi borang.Sabtu ni anis bru nak book wedding planner anis.wahhh..gitueewww..hahahaha..Same goes to katering gak,photographer pun dah book.Cuma baju nikah Anis belum tempah.Ada idea tak??bagi Anis tailor yang bleh jahit baju cantik-cantik macam yang artis-arti pakai tu..hihihihi..Anis memang impikan satu majlis perkahwinan yang meriah lagi best.So,anis cuba yang terbaik untuk bagi semua orang yang datang majlis anis akan rasa..wahhhh..kikikiki.Tiba-tiba anis terfikir.HONEYMOON!!!Anis search tiket murah.tapi sekarang nampak gayanya memang tak ada lagi.Ohhhada sapa-sapa yang sudi tak untuk sponsor tiket flight..heeee..=)

Cantik-Cantik.Ohh..percutian Idaman =)

Maldives..Best!!Sila sponsor tiket flight Anis..hahahahaha

Subbahanallah...Indahnya..

Friday, June 1, 2012

:: Kedai Bunga Vivian ::

Waaaa..hari ini manyak syiokkk.Bunga yang diimpikan dah sampai.hihihi.ala sebenarnya tak de cantik sangat tapi sebab harga yang terlalu mahal dan dalam masa yang sama anis pula nak kan bunga itu dalam kuantiti agak banyak,jadi terpaksalah anis cari dan mencari.Dan akhirnya anis jumpa bunga tu.Dekat mana?haaa..dekat Kedai Bunga Vivian seperti yang anis war-warkan sebelum ni.MURAH & BERBALOI.

Dekat Semua House,kedai kat bawah tu,mahal ok.RM15 untuk yang kecik dan yang besar RM30,TAPI dekat Vivian ni yang kecik cuma RM9 dan yang besar RM15.Haaaa..nampak tak beza??So kepada B2B,pilihan ditangan anda.(^_^)

Jeng Jeng Jeng..     













Ni La Ekor Bunga Anis.hihihihi.Paling Murah.Klassss Kau Jahhh..Gigih Cari Mende Alah Ni..Aiyooo..