Wednesday, December 30, 2015

:: 5 Tips Hebat Untuk Melancong Secara Bajet ::

 
Assalamualaikum korang. Lama tak update. Busy kemain. Harini Anis just nak share tips-tips untuk melancong secara bajet. Cara ini Anis applykan dalam setiap percutian bajet Anis. Alhamdulillah berjalan dengan lancar dan juga kadang tu ada jugak la tersasar sikit. Almaklumkan, Anis pun baru lagi nak cuti-cuti ni. Masih nubis dalam bahasa-bahasa backpackers. Oh ya. Anis pun bukanlah backpackers tegar ye. Sebab kadang bawak baby sekali. Jadinya banyak rintangan untuk jadi backpack sejati ye. Lenguh tangan bagai. Dengan crancky baby lagi. Memang bertabah jela kadang tu. Ok, mari Anis share 5 tips hebat ye.

1.   Pertama sekali haruslah TIKET PROMO. Tiket promo ni selalunya keluar awal setahun atau kurang setahun. Tapi untuk tiket kurang setahun harga nya adalah tidak sama untuk yang awal setahun. Paham tak? Ni konsepnya. Disinilah melibatkan perancangan yang betul apabila terdapat tiket promo awal dari setahun. Maksudnya harga tiket keluar pada awal Januari 2015 dan travel adalah untuk awal Januari 2016. Kalau perancangan tidak betul makanya baik lupakan hasrat untuk menggunakan tiket promo. TETAPI, ada masa-masa tertentu gak, dapat tiket murah last-last minit untuk travel seperti contoh 2,3 bulan awal. Maka, ini memang bertuah sangat ok. Ni depands ye. Kalaulah bertuah. Anis adalah dapat 2,3 kali gak.


2.    Kedua ialah BOOKING PENGINAPAN SECARA ONLINE BEBERAPA BULAN AWAL. Ni memang apa yang Anis praktikkan. Anis selalu guna Agoda.com sahaja. Alhamdulillah servis ok dan memuaskan. Tak pernah lagi jadi kes yang bukan-bukan.


3.    Ketiga ialah ITINERARY. Ni pun penting ok. Perancangan dalam percutian. Tak pelah even tersasar sikit pun. Jadinya kita tahu kemana nak tuju kemana harini, esok, lusa macam mane. Incase hujan ke apa, so, boleh pindah-pindahkan mana-mana kawasan yang kita nak pergi ikut kesesuaian. Selalu dalam itinerary ni Anis akan include kan kos-kos seperti contoh tambang transport ke, minyak ke. Buat anggaran je. 

4.   Keempat ialah PEMBELIAN TIKET-TIKET THEMEPARK DAN SEANGKATANNYA SECARA ONLINE. Ok, ni pun salah satu berjimat. Adakah korang tahu dengan pembelian secara online lebih jimat banyak. Bak kata orang berbaloi-baloi. Seperti contoh destinasi Australia. Nak masuk theme park, currumbin wildlife semuanya memerlukan wang ok. Jadi salah satu website yang membantu adalah Groupon Australia. Memang membantu sangat. Murah la dari beli on the spot. Murah banyak. Plus dapat jimat masa dengan tak perlu nak beratur panjang bagai nak beli tiket.


5.   Kelima dan terakhir sekali ialah BEKALAN MAKANAN. Bagi anda yang cerewet bab makan maksudnya makanan disesebuah negara tersebut tidak kene dengan tekak/selera anda. Silalah bawa bekalan makanan yang mencukupi ok. Bukan apa. Kalau berWang tak salah pun nak beli makanan. Tapi diingatkan untuk makanan halal di luar negara harganya hampir sekali ganda ye bergantung pada jenis makanan. Contoh kebab paling murah pun dalam RM15-RM20. Takkan lah nak makan kebab hari-hari kan. Jadi dekat sini dah boleh fikir dah. Selalu Anis memang spare makanan segera seperti nasi Brahim's, Maggie, Tuna, Roti dan sebagainya. Tapi kadang tu tak cukup jugak bekalan makanan yang Anis bawa. Tapi bolehlah jugak cover mana yang patut.


So conclusionnya, ni adalah antara tips yang Anis praktikkan ketika bercuti secara bajet. Kalau betul turutannya, maka sempurnalah percutian tersebut. Tapi ingat, kita merancang, papa pun boleh jadi. Anis harap semoga tips hebat untuk melancong secara bajet ni menjadi panduan untuk korang diluar sana yang inginkan percutian secara bajet di dalam erti kata lain, berhemah. Good Luck!!

Yeahhh!!

 
 
 
post signature
 

Saturday, November 28, 2015

:: Total Kos Percutian Bajet Gold Coast, Australia ::

Salam,

Hai korang. Entry kali ni adalah mengenai kos-kos yang terlibat sepanjang Anis disana. Anis up kan entry ni supaya senang untuk korang buat gambaran bajet. Bukan apa. Merancang tu kan penting.

Tiket flight (return)       -      RM614
Apartment                     -      RM934
Kereta 8 seater              -      RM431
Currimbin Wildlife       -      RM79
       TOTAL                 -     RM2,058

Total ni adalah kos untuk seorang. Anis tak sure murah ke mahal bagi korang. Tapi Anis rasa murah dari travel agency yang Anis dah survey. Plus trip Anis adalah 6h5m. Kos minyak untuk kereta pula kitaorang habis dalam RM180. Jimat banyak gak kereta Kia Carnival tu. Berbaloi sangat. Bagi apartment plak sebenarnya boleh lagi murah. Tapi tengok kepada kawasan korang. Macam Anis, Anis pilih area Surfers Paradise. So,memang agak pricey. Jadi, pilihan di tangan anda. Lagi satu, Anis tak masukkan bajet untuk movie world ke ape. Sebab tu add on. Yela,bukan semua orang minat nak pergi tempat macam tu kan. Bajet ni ialah bajet asas sahaja ye. Anis harap korang dapat panduan dengan entry Anis kali ni.

Tq 

   
                       Will come again!!

Wednesday, November 25, 2015

:: Percutian Bajet Ke Gold Coast, Australia (Part III) ::

Salam,


Kali ni nak update aktiviti plak. Hari first Anis pergi ke Currumbin Wildlife Sanctuary. Tujuan ke sini adalah untuk tengok kangaroo dan juga koala ye. Almaklumlah, Malaysia tak berapa nak ada. Ada ke eh?Anis tak sure kat Zoo Negara ada ke tidak. Lokasi Currumbin ni amatlah dekat dengan airport Coolangatta ye. Tak sampai 5 minit dah sampai.  Tiket masuk kesini 49 aud. Itu kalau beli dekat kaunter lah. Tapi Anis menggunakan coupon dari Groupon yang berharga 25 aud sahaja untuk dewasa. Jimat banyak kan? Jadi jangan lupe usha Groupon Australia. Nanti macam-macam diskaun dapat. Kemain mahal tau nak tengok kangaroo kaola je pun.


Burung apa tak ingat dah namanya.

Bagi kangaroo makan. Makanan ni 4 aud satu bekas minuman plastic tu. Zafran memang Nampak teruja bagi kangaroo makan. Anis tengok kangaroo ni macam dah kekenyangan sangat tau. Makan pun baring. Hahahaha

Ewahhhh

Dalam kantung dia ada anak die.

=)
Panas-panas. Hot Hot!! kikikiki


Zafran dan suka plak dengan kangaroo. Asyik pegang je tak habis-habis.


Dalam sanctuary ni luas sangat. Jalan kaki separuh je. Last-last cari train pusing-pusing dalam ni. Lenguh aihh kaki. Dah la panas. Menitik peluh bagai. Panas pun berangin la jugak. Snap pic dengan kangaroo free ye. Tapi untuk koala berbayar. Anis ada la buat kenangan ambil gambar sekeping dengan koala. Ambil pakej 20 aud. Ada macam-macam pakej. Tapi Anis ambil yang paling murah.

The next day, Anis habiskan masa pergi movie world. Tiket Anis beli on the spot dekat kiosk-kiosk area Harbour Town. Harga 79 aud untuk movie world sahaja. Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun free. Tiket Anis sebenarnya mahal tau. Better beli dalam Groupon Australia 89 aud untuk tiga jenis theme park. Boleh pilih sea world, paradise country dan wet world. Tapi time tu tak terpikir nak pergi banyak tempat sebab rasenya nak habiskan masa kat gold coast je. Malas plak nak pergi theme park. Harga masing-masing pun boleh tahan. Jadi kena pandai buat pilihan.






Enterance masuk







Belakang tu roller coaster. Tapi Anis tak naik pun. Bila dah jadi ibu-ibu ni. Tak sanggup dah nak naik. Takutttttt.



Cartoon zaman kanak-kanakku. Sebenarnyakan husband ada cakap pada Anis. Eh, ni cartoon zaman kita. Mana Zafran kenal dh cartoon ni. Betul jugak. Sebab reaksi Zafran macam pelik je tengok cartoon ni. Muka macam tak ada perasaan.



5 aud untuk satu scoop. Dapat jugak makan,



Scooby doo. Ni memang zaman Anis. Zaman skang ada lagi ke cartoon Scooby doo ni huh??




Bunny. Zafran panggil Arnab, arnab. Anis cakap noooo. It's rabbit. Marah dia. Nak arnab jugak. kikikiki




Batman. Zafran tido plak time Batman punya time.




Nampak bekas yang husband Anis minum tu? Signature untuk Movie World. Memang duk kumpul benda alah ni kalau pegi mana-mana theme park pun. Harga 12 aud sekali dengan slurppy dia.




Ala-ala koboi town.



Anis sebenarnya nak main permainan ni. Tapi Anis tak de geng. Jadi terpaksa lupakan hasrat tu. Kalau nak main ni. Make sure pakai baju hujan ke apa ye. Pasti basah lenjun terutamanya yang duduk depan sekali. Tapi kat luar ada je tempat keringkan baju. Tak salah Anis bayar 5 aud rasanya.

So, ni antara tempat yang Anis pergi. Pendapat Anis la kan, best lagi Disneyland kot. Sebabnya movie world macam bosan lah. Rasa rugi bayar mahal-mahal tapi macam tak ada apa-apa. Tiba-tiba pusing, tiba-tiba dah habis macam tu. Plus cartoon dia semua zaman Anis bukan zaman Zafran. Dia buat muka tak berperasaan je tengok cartoon yang ade. Baik Disneyland lagi. Sampai tak cukup masa nak pusing habis. Keseluruhannya, not bad la. Sekadar nak merasa kan, Nama pun jalan-jalan. Sekian sahaja coretan Anis.








post signature

:: Percutian Bajet Ke Gold Coast, Australia (Part II) ::

Salam, hai korang. Untuk kali ni Anis update contoh list declaration untuk makanan Anis. Australia sangat straight tau bab makanan ni. Jadi untuk memudahkan prosesnya. Kita sediakan list makanan apa yang kita bawak. Ni contoh macam Anis buat.





List Ubat yang Anis bawak.


Antara list makanan Anis. Ini bukan kedekut ye. Tapi yela. Kalau dah nama oversea makanan halal memang la agak mahal. Tak salah pun berjimat cermat. lagi pun Anis kan bawa mama abah dan ayah mak mentua sekali. Diorang pun bukanlah layan sangat makanan omputih ni. Hari-hari makan fish & chip kan jemu.


Lagi satu, make sure asingkan beg makanan dan juga baju-baju. Kalau tak nnti abis kastam punggah tengok makanan plus baju-baju. Itu kalau tak bernasib baik. Time Anis haritu, Alhamdulillahlah, kastam diorang lepaskan sebaik sahaja Anis tunjuk je list ni. Mudahkan. Lega rasa sebab memang tak banyak songeh pun.Selamat mencuba.





post signature