Tuesday, May 3, 2016

:: Review Percutian Di Bali, Indonesia ::

Salam uoolss...

Lama betul nak update story gi Bali. Ni tahun 2013 punye cerita. Ya ampunnn..Sebenarnya time Anis holiday ke Bali lama dah kot. Kira dah basi. Hahahaha..kesian. Anis just up pic jela ye. Pergi Bali ni semua Anis book sendiri dari flight, hotel, supir dan seangkatan dengannyalah. Supir ni mmg Anis recommeded dekat korang. Tapi bukan Islam. Tapi sangatlah faham kita as Muslim. Cari tempat makan pun mmg yang halal lah. Nampak logo halal dengan frame ayat kursi bagai. Kiranya memang takda was-was. Anis just contact supir Anis melalui FB.



Pak Dewa yang berbaju putih botak itu. Mase book kemain speaking. Dah aku ngt kene speaking. Rupanya cakap indon pun bisa.


Sesi minum kopi luwak. Tapi kitaorg tak minum. Kopi luwak adalah sejenis kopi yang diperbuat daripada tahi binatang. Binatang betullah.



Anis sudah lupa ini dimana. Tapi cantik lah. Nak masuk tempat ni kena bayar. Tak ingat berapa. Tapi murah je.



Area tempat sama macam pic diatas. Ramai sangat kat bawah ni. Time ni air surut.



Sesi bergambar.



Gambar kenangan time pregnancy. Rindunyaaaaaaaa...Waaaaaaa



Antara restoran halal yang kitaorg pergi. Masakan padang. Not bad. Sambal ijo terpaling sedap.



Tujuan utama ke bali adalah membuat aktiviti Sea Walker. Nampak husband aku kemain suka nak buat aktiviti ni. RM150 siap insurance. Korang should try benda ni sbb kalau kat Malaysia aku rasa mahal.




Atas bot tunggu giliran nak masuk dalam laut. Pic dalam laut mmg dah kelaut. Anis pun tak sure mana letak soft copy pic tu. Sadis.






 Tu je nak share. Nak share kos Anis dh lupe sbb dah terlalu lame entry ni terperam. Kesianlah. Tapi Anis rase tak mahal mane. Bawah RM500 total untuk seorang termasuk flight tiket, hotel, supir, tiket tempat masuk yang berkaitan. Murahkan. Kena pandai bajet je sebenarnya.





post signature