Monday, January 18, 2016

:: Percutian Bajet Ke New Zealand (Part II) ::

Salam, 
bertemu kembali dalam entry kedua ok. Kali ni Anis nak share itinerary sepanjang di NZ. Iti ni sebenarnya amatlah penting ye kerana ia adalah merupakan perancangan korang. Tersasr atau tak itu belakang kira tapi mesti tahulah 1st day nak buat apa, 2nd day nak buat apa. Kalau tak membazir sahaja nanti percutian itu kalau tak diisi sepenuhnya. Macam anis dah la nak pergi susah jarang-jarang. jadinya sediakanlah iti sebaiknya, Panjang plak penerangan ye. Ok ni iti Anis. Selamat membaca dan moga membantu.


  Itinerary 

● 7 nov - auckland→Christchurch→lake tekapo

Tiba di Auckland jam 0005. Rehat di lapangan terbang sementara menunggu penerbangan seterusnya ke Christchurch pada jam 0620 pagi. Tiba di Christchurch jam 0735 dan terus ke Motorhome depot untuk mengambil caravan anda. Teruskan perjalanan ke Lake Tekapo. Mula bergerak dengan melalui ladang-ladang dan ternakan kambing, lembu dan kuda yang banyak terdapat sepanjang perjalanan. Pemandangan cantik ini dinikmati sehingga sampai ke Lake Tekapo, sebuah tasik besar berwarna biru turquoise! Bermalam di Holiday Park Lake Tekapo dan pada waktu malam boleh menikmati pemandangan bintang dan bulan yang indah.

● 8 nov - lake tekapo→wanaka→queenstown (275km)

Bergerak ke sebuah lagi tasik besar, Lake Pukaki untuk bergambar dan seterusnya ke Puzzle World Wanaka dan ke Wanaka (pekan kecil yang moden bersebelahan tasik). Makan tengahari di sini. Meneruskan perjalanan ke Queenstown, bandar kedua terbesar di South Island, dengan melalui pemandangan gunung-ganang yang indah. Bermalam di Holiday Park Queenstown.

● 9 nov - queenstown→te anau (171km)

Aktiviti Bebas. Pelbagai aktiviti terdapat disini seperti Skyline Cable Car, Sky
Diving, Jet Shotover, Tarian Haka, Bungee Jumping, Cruise dan pelbagai lagi yang boleh dilakukan disini. Bergerak ke Te Anau di sebelah petang dan bermalam di holiday park.

● 10 nov - te anau→milford sound→queenstown (407km)

Bergerak awal pagi ke Milford Sound (2 jam 30 minit) dengan melalui jalan yang
mencabar dan menghayati antara pemandangan yag tercantik di New Zealand. Sampai disini anda berpeluang menaiki cruise iaitu antara tempat yang wajib
dilawati di New Zealand dan menikmati keindahan alam semulajadi yang sukar
ditemui (perbelanjaan sendiri). Bergerak kembali ke Te Anau untuk


● 11 nov - queenstown→Christchurch (490km)

Aktiviti Bebas. Dicadangkan bergerak dari Queenstown ke Christchuch seawal 9 pagi kerana perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Tiba di Christchurch, anda masih sempat bersiar-siar sebelum kembalikan caravan dan bertolak ke airport untuk penerbangan balik ke Auckland.


South Island amatlah besar. Tengok saja KM dia. Kira macam pusing Malaysia dari KL nak ke Perlis. Ha, macam tu. Jauh tak tapi amat berbaloi kerana pemandangannya teramatlah menakjubkan. Meh belanja sekeping dua ye. Semoga memberi inspirasi.

Subhanallah..

Terpaku jap..
Higway apa tah nama dia.

Lupa sungai apa.
Pemandangan bandar Queenstown, NZ


post signature

:: Percutian Bajet Ke New Zealand (Part I) ::

Salam,
Hai korang. harini Anis nak story mengenai trip ke New Zealand last year. Last year ok. Mohon maaf la sebab lewat sangat untuk Anis update. Anis pun baru lagi dalam dunia blogger ni. Just nak suka-suka dan juga nak share info je untuk korang. Mudahan info Anis ni dapat membantu korang ok. Memandangkan sekarang AirAsia telah pun membuka laluan ke Auckland, New Zealand. Jadinya, ini adalah peluang secara tidak langsung yang patut korang grab. Harga tiket pun not bad. Dalam 1k sahaja return. Jimat but ada transit la kan di Gold Coast, Australia. Macam Anis dulu naik MAS direct terus ke Auckland, then ambil Jetstar untuk ke Christchurch. Sebab misinya adalah ke South Island. Nak ke NZ ni make sure pilih nak ke South atau North ataupun both ok. Kalau ada cuti yang panjang dan wang yang lebih, why not korang try sebabnya NZ amat-amatlah cantik.
Kat bawah ni Anis list kan bajet Anis dan juga itinerary ok. By the way, trip Anis haritu menggunakan Caravan. Memang recommended sangat untuk korang yang teringin nak lain dari lain. Kat Malaysia kan tak berapa nak ada. Means susahlah nak dapat. Lagi satu untuk lesen pula, lesen Malaysia adalah diterima pakai. Jadinya no worries ok. Jangan ko buat macam nak race pulak dah la.

Taraaaa. Britz (Merc) untuk 6 pax.
Tempat ni adalah di belakang driver. Car seat wajib ye kene sewa even Zafran taknak langsung duduk dalam ni.

Dapur dan bahagian belakang adalah tempat tidur kitaorng. Luas. Boleh golek-golek.

Bahagian pemandu. Auto drive.

Ni tadi bahagian belakang. Meja itu boleh cabut dan letaklah tilam yang coklat itu. Jadilah teramat luas.


Ni adalah interior dalam caravan. Anis sempat snap bila nak pulangkan caravan. Sebab masa 1st dapat kitaorang terlampau teruja jadinya kamera pun tah kemana. Keadaan caravan agak bersepah sikit. Maaf di atas kesulitan. Hihihi. Ok, Anis nak bagi bajet yang hangus tuk trip NZ ni ok.



5h4m South Nz

1)    Tiket Flight AA :-

RM100 (KLIA2 – Changi, Singapore)

2)    Tiket Flight MAS :-

RM1600 (Changi, Singapore – Auckland, Nz)

3)    Tiket Flight Jetstar :-

RM550 (Auckland – Chrischurch)

·         Tiket jetstar last minit beli sbb first ingat taknak cover south just nk north. If dpt direct flight ke chrischurch lg jimat.


4)    Caravan (6 berths)  :-
RM 1,370 x 4 adults  =     RM5,480
RM 116 x 1 infant      =     RM 116 (rental of baby chair only)

5)    Holiday Parks :-
1) Lake Tekapo Site & Holiday Parks(1N-7Nov)                        RM   64
2) Queenstown Lake View (2N – 8 & 10 Nov)                            RM 138
3) Te Anau Top Ten (1N – 9 Nov)                                              RM   76
Total                                                           RM 278

RM 278 PER PERSON x 4 ADULTS = RM 1,112
TOTAL KESELURUHAN : RM3'898 (+-)

Ini adalah bajet Anis ye. Sebab lain orang lain bajetnya. Harap dengan pengiraan ini dapat membantu korang. 


post signature

Friday, January 1, 2016

:: Nasi Lemak Pandan Sotong DiRaja ::

Salam,

Hai korang. Last week balik Muar,berkesempatan la nak rasa nasi lemak pandan sotong ni. Selalu dok tengok dekat ig,fb je. Kali ni gigih Anis ajak husband nak makan jugak. Lokasi adalah di bandar Muar. Lupe plak area mane. Jalan Junid rasanya. Memang tersedap lah sebabnya Anis memang penggemar sotongggg. Besar gabak. Lepas tu bile sotong tu kang kite potong la pakai gunting supaya nampak sopan je dalam pinggan bersama nasi lemak pandan tadi. Nasi lemak pandan tu pulak memang rase la kelemakkannya dan sambal nasi lemak pun sedap. Memang kena la dengan citarasa bak kata orang. Nanti wajib gi lagi. Selain lauk sotong, ade je ayam, ikan siakap kot & ikan bawal. Haritu nampak bapak la besar ikan bawal tu. Berbaloi rasenye. Masyarakat cina pun ramai tau makan sini. Siap bertambah-tambahlah sotongnya. 


Alamat Nasi Lemak Pandan Muar, Jalan Junid

Menawan betul sotong dia. RM12 sahaja.

Sekian, makan jangan tak makan. Heee