Showing posts with label britz. Show all posts
Showing posts with label britz. Show all posts

Thursday, February 28, 2019

:: Review ReVisit Percutian New Zealand 2018 ::

Assalamualaikum w.b.t dan Hi korang semua. 


Akhirnya Anis bersiaran setelah lama mengsawangkan blog sendiri. Aduiii..maafkan Anis sebab hampir 1 tahun nan hado 1 posting pun. Sobssss..Busy sgt tu tak la pun, kekangan penyakit kemalasan untuk menulis dan mengupdate tu. Adoii. Tapi takpe. Korang, kali ni Anis nak share trip paling latest Anis pergi ye. Revisit New Zealand 2018. Hehehe. Ok, jom start. Trip kali ni Anis pergi berhari-hari sikit pada 16 November 2018 - 29 November 2018. Trip ni suppose 16 November sampai 28 November, tp beberapa minggu sblum fly, flight kne time reschedule so, Anis terpaksa tambah lagi sehari sbb tak dpt nk kejar masa bila dh reschedule tu. Jadinya total hari bersamaan 13 hari 12 malam. Kali ni betul-betul punye balas dendam trip yg Anis dh pergi 6 hari 5 malam tu. Sumpah wei, untuk NZ better korang plan lama wei. NZ terlalu besar untuk korang explore. Anis 12 hari ni just cover South ok. North Anis just duduk 2 malam jalan-jalan bandar Auckland. Tu pun klu korang nk jalan-jalan tgk hobbit la, glacier la apa la, please add lagi hari korang untuk North ye. Perjalanan bukan sekejap, semua main jam jam je. Keluar pagi, balik confirm  lemau. Hehehehe. Al maklumlah, kali ni Anis travel seramai 11 dewasa 1 kanak-kanak dan 1 baby ye. Amat-amat mencabar tapi super duper awsome dgn enjoy sgt dgn family member.


Macam biasa Anis akan share total bajet yang kitaorng habis sebab kalini pergi ramai, sewa 2 kereta, 2 caravan, ada van besar. Tapi pada Anis still murah dan rasa puas hati jugak sbb planning berjaya jugak. Hehehe..But Anis tak cakap yang trip Anis buat ni murah ye, sebab dia bergantung pada apa yang korang booking. Anis buat ni sebagai korang untuk rujukan bajet je supaya senang nak planning. Untuk rujukan currency, time ni rate Anis tukar 1 nzd = RM2.74.


Kos Auckland (North)
1) Kereta : RM186 (perpax)
2) Homestay (Booking.com) RM256 (perpax)
3) Minyak : RM147 (perpax)
TOTAL : RM589 (perpax)


Kos Christchurch (South)
1) Caravan 6 berth : RM1374 (perpax) 9 hari
2) Holiday Park : RM430 (perpax) 8 malam
3) Minyak : RM2000 ( RM330 perpax)
TOTAL : RM2134 (perpax)

Tiket Flight
1) Jetstar (Auckland-Christchurch) : RM453.61 perpax
2) Airsia (Kl-Auckland-Kl) : RM1460 perpax


Total untuk semua skali perpax RM2723 utk di NZ belum termasuk flight ye. Untuk 13 hari tau korang. Tiket flight ni nasib nasib sbnrnye. Anis dapat xdela murah mane. Biasa la AA byk nau add on nye. Jadinye, RM1460 tu anis dapat setelah ditambah lugagge, mkn, seat pergi. Itu saje. Tak tahu la nk kata murah ke tak ye. Sbb dlu Anis pergi dgn Mas RM1400 include semua. Tp skang tiada pilihan. AA jela yang mampu dah kira murah jugak lah berbanding airlines lain. Hehehe, nak sedapkan hati je ni. So, korang ni ringkasan bajet Anis ye dan dapat membantu korang. Meh layan gambar yang ade ni ha. Hehehe..


Tempat pickup caravan. RV Super Center



Kitaorg punye caravan. Britz 6 berth. Untuk 6 dewasa.


Anis listkan untuk Holiday Park South Island yang Anis stay sepanjang trip kat South Island k. Holiday park ni ialah tempat utk korang park caravan untuk bermalam charge caravan, electric, water supply, cuci segala benda tong yg ptt dicuci. Kat setiap Holiday Park ada accomodation diorng sndiri.  Yang basic toilet, kitchen, dining hall, bbq, laundry and mcm-mcm lagi. Tapi serius bersih ok. Cuma untuk laundry tu kena prepare duit sbb kitaorg byk juga mendobi weh. Ada baby kan. Dalam 10nzd cuci siap dry skali. Ni Anis listkan Holiday Park Anis. Antara Holiday Park ni Anis mmg dh pernah dtg. Semua Holiday Park ni Anis book melalui website je. Book then email diorng inform tentang booking kite. Ckp nk park sebelah-sebelah. Masa reply mmg pantas ok. No worries. Diorng mmg efficient. Macam Anis mmg request dekat dgn toilet la, kitchen la, nk view tasik la apela. Ahahaha..al maklum lah dh pernah smpai kan. Jadi bile smpai tu, dpt balik tempat tu, mmg mengimbau balik. Yela, dlu datang bertiga. Skang berempat. Waaaa..rindu plak NZ. Antara Holiday Park kitaorg. Byk lagi choice. Bagi Anis ni pun ok. Mmg recommend sgt utk korang. Cuma untuk Balcutta Holiday Park tu, Anis last minit mmg redah je. Sbb plan asal, nk gamble je tido tanpa charge caravan, tp mcm takut-takut jugak la sbb time Anis pergi tu mmg suhu agak sejuk, bile tak ambil Holiday Park, then tak boleh charge caravan untuk psang heater. Boleh je nk pasang tanpa charge, tp nnti tak boleh nk pasang dr mlm smpai ke esok pagi. Risau la jugak kan plus ade budak kecik and org tua lg, a bit risk la kan. So, alhamdulillah. Balcutta punye Holiday Park selesa sgt, tp cm krik krik sikit sbb daerah tu bukan tempat persinggahan untuk yg jalan-jalan naik caravan ni. Tp Anis bagi 5 bintanggg.. hehehe. Tapi korang daerah Balcutta best ok, sebab ade Warehouse. kikikiki. Kalau thu boleh shopping. Ni, thu lambat dh nk gerak ke daerah lain dh. Aiyoo..

 
1) Lake Tekapo Motels and  Holiday Park
2) Queenstown Lakeview Holiday Park
3) Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park and Motels
4) Balcutta Holiday Park
5) Dunedin Holiday Park and Motels
6) Timaru Top 10 Holiday Park


Total perjalanan Anis ni semua dalam 2000km ye. Plus sekarang NZ dah ade diesel tax weh, ni untuk caravan jela atau untuk pengguna kenderaan diesel khususnya, but klu sewa kereta, benda ni tak ade. Setiap 100km bersamaan dgn 6.62nzd. Ni rate yang Anis dapat dari RV Super Center. Korang kire la sendiri dah kalau travel 2000km tu, brape lg kne byar utk tax kan. Sbb die akan tgk meter caravan nnti bile dh pulangkan. So, masa pickup caravan tu, kitaorg ambil pakej add on dimana just tmbah lg 180nzd untuk unlimited km ok. 180nzd ni per caravan ok. Bawa la jauh mana beribu km lg, kire 180nzd tu dh siap semua. Tak payah pening pikir. Plus 180nzd tu include bila korang nk pulangkan caravan, tak payah beriya sgt kemas dh. Dah include fee cleaning, water tank, kumbahan tank tu tak pyah susah susah cuci ye. Tp RV Super Center tu patut say thank you kat kitaorg sebab kitaorg ni tak beriya sangat pun gune benda alah tu semua. Sebab, yela bile dh park dekat Holiday Park tu, dh gune kemudahan yang ada, so, caravan mmg bersih jela. 


Lagi apa ye yang nak korang thu. Jadi, total keseluruhan lebih kurang yang Anis mention dekat atas tu. Lebih kurang la ye. Depands pada berapa pax yang korang nak utk caravan tu. Tapi serius, korang kne try tau caravan ni sebab yela, Malaysia kan tak ade lagi menda alah ni. Haihh..rindu pulak pada caravan. So, pandai-pandai la korang buat pilihan k. Meh tepek sikit picture caravan kitaorang time trip haritu.
Time ni park dekat Lake Tekapo and Anis memang request view tasik same dengan tempat mase pergi 1st dlu. View memang superb wei. Nyamannnnnnn..

Ni dekat Balcutta Campsite. Bandar kecil je tapi ada Warehouse ok. Ahahahaha. Lambat tahu, kalau tak memang menyopping. Macam bandar koboi sikit.

Time ni park tepi jalan sekejap nak snap picture area Lake Pukaki. Tempat ni pun antara view tercantik. Senang cerita setiap perjalanan memang kene banyak berhenti sebab view memang cantik sangat.




So, Next entry Anis sambung lagi k pasal trip Revisit NZ 2018.




Erm apa lagi ye. 
post signature

Monday, January 18, 2016

:: Percutian Bajet Ke New Zealand (Part I) ::

Salam,
Hai korang. harini Anis nak story mengenai trip ke New Zealand last year. Last year ok. Mohon maaf la sebab lewat sangat untuk Anis update. Anis pun baru lagi dalam dunia blogger ni. Just nak suka-suka dan juga nak share info je untuk korang. Mudahan info Anis ni dapat membantu korang ok. Memandangkan sekarang AirAsia telah pun membuka laluan ke Auckland, New Zealand. Jadinya, ini adalah peluang secara tidak langsung yang patut korang grab. Harga tiket pun not bad. Dalam 1k sahaja return. Jimat but ada transit la kan di Gold Coast, Australia. Macam Anis dulu naik MAS direct terus ke Auckland, then ambil Jetstar untuk ke Christchurch. Sebab misinya adalah ke South Island. Nak ke NZ ni make sure pilih nak ke South atau North ataupun both ok. Kalau ada cuti yang panjang dan wang yang lebih, why not korang try sebabnya NZ amat-amatlah cantik.
Kat bawah ni Anis list kan bajet Anis dan juga itinerary ok. By the way, trip Anis haritu menggunakan Caravan. Memang recommended sangat untuk korang yang teringin nak lain dari lain. Kat Malaysia kan tak berapa nak ada. Means susahlah nak dapat. Lagi satu untuk lesen pula, lesen Malaysia adalah diterima pakai. Jadinya no worries ok. Jangan ko buat macam nak race pulak dah la.

Taraaaa. Britz (Merc) untuk 6 pax.
Tempat ni adalah di belakang driver. Car seat wajib ye kene sewa even Zafran taknak langsung duduk dalam ni.

Dapur dan bahagian belakang adalah tempat tidur kitaorng. Luas. Boleh golek-golek.

Bahagian pemandu. Auto drive.

Ni tadi bahagian belakang. Meja itu boleh cabut dan letaklah tilam yang coklat itu. Jadilah teramat luas.


Ni adalah interior dalam caravan. Anis sempat snap bila nak pulangkan caravan. Sebab masa 1st dapat kitaorang terlampau teruja jadinya kamera pun tah kemana. Keadaan caravan agak bersepah sikit. Maaf di atas kesulitan. Hihihi. Ok, Anis nak bagi bajet yang hangus tuk trip NZ ni ok.



5h4m South Nz

1)    Tiket Flight AA :-

RM100 (KLIA2 – Changi, Singapore)

2)    Tiket Flight MAS :-

RM1600 (Changi, Singapore – Auckland, Nz)

3)    Tiket Flight Jetstar :-

RM550 (Auckland – Chrischurch)

·         Tiket jetstar last minit beli sbb first ingat taknak cover south just nk north. If dpt direct flight ke chrischurch lg jimat.


4)    Caravan (6 berths)  :-
RM 1,370 x 4 adults  =     RM5,480
RM 116 x 1 infant      =     RM 116 (rental of baby chair only)

5)    Holiday Parks :-
1) Lake Tekapo Site & Holiday Parks(1N-7Nov)                        RM   64
2) Queenstown Lake View (2N – 8 & 10 Nov)                            RM 138
3) Te Anau Top Ten (1N – 9 Nov)                                              RM   76
Total                                                           RM 278

RM 278 PER PERSON x 4 ADULTS = RM 1,112
TOTAL KESELURUHAN : RM3'898 (+-)

Ini adalah bajet Anis ye. Sebab lain orang lain bajetnya. Harap dengan pengiraan ini dapat membantu korang. 


post signature