Salam,
bertemu kembali dalam entry kedua ok. Kali ni Anis nak share itinerary sepanjang di NZ. Iti ni sebenarnya amatlah penting ye kerana ia adalah merupakan perancangan korang. Tersasr atau tak itu belakang kira tapi mesti tahulah 1st day nak buat apa, 2nd day nak buat apa. Kalau tak membazir sahaja nanti percutian itu kalau tak diisi sepenuhnya. Macam anis dah la nak pergi susah jarang-jarang. jadinya sediakanlah iti sebaiknya, Panjang plak penerangan ye. Ok ni iti Anis. Selamat membaca dan moga membantu.
Itinerary
● 7 nov - auckland→Christchurch→lake tekapo
Tiba
di Auckland jam 0005. Rehat di lapangan terbang sementara menunggu penerbangan
seterusnya ke Christchurch pada jam 0620 pagi. Tiba di Christchurch jam 0735
dan terus ke Motorhome depot untuk mengambil caravan anda. Teruskan perjalanan
ke Lake Tekapo. Mula bergerak dengan melalui ladang-ladang dan ternakan
kambing, lembu dan kuda yang banyak terdapat sepanjang perjalanan. Pemandangan
cantik ini dinikmati sehingga sampai ke Lake Tekapo, sebuah tasik besar
berwarna biru turquoise! Bermalam di Holiday Park Lake Tekapo dan pada waktu
malam boleh menikmati pemandangan bintang dan bulan yang indah.
● 8 nov - lake tekapo→wanaka→queenstown (275km)
Bergerak ke sebuah lagi tasik besar, Lake
Pukaki untuk bergambar dan seterusnya ke Puzzle World Wanaka dan ke Wanaka
(pekan kecil yang moden bersebelahan tasik). Makan tengahari di sini.
Meneruskan perjalanan ke Queenstown, bandar kedua terbesar di South Island,
dengan melalui pemandangan gunung-ganang yang indah. Bermalam di Holiday Park
Queenstown.
● 9 nov - queenstown→te anau (171km)
Aktiviti Bebas. Pelbagai aktiviti terdapat
disini seperti Skyline Cable Car, Sky
Diving, Jet Shotover, Tarian Haka, Bungee
Jumping, Cruise dan pelbagai lagi yang boleh dilakukan disini. Bergerak ke Te
Anau di sebelah petang dan bermalam di holiday park.
● 10 nov - te anau→milford sound→queenstown (407km)
Bergerak awal pagi ke Milford Sound (2 jam 30
minit) dengan melalui jalan yang
mencabar dan menghayati antara pemandangan
yag tercantik di New Zealand. Sampai disini anda berpeluang menaiki cruise
iaitu antara tempat yang wajib
dilawati di New Zealand dan menikmati
keindahan alam semulajadi yang sukar
ditemui (perbelanjaan sendiri). Bergerak
kembali ke Te Anau untuk
● 11 nov - queenstown→Christchurch (490km)
Aktiviti
Bebas. Dicadangkan bergerak dari Queenstown ke Christchuch seawal 9 pagi kerana
perjalanan mengambil masa selama 6 jam. Tiba di Christchurch, anda masih sempat
bersiar-siar sebelum kembalikan caravan dan bertolak ke airport untuk
penerbangan balik ke Auckland.
South Island amatlah besar. Tengok saja KM dia. Kira macam pusing Malaysia dari KL nak ke Perlis. Ha, macam tu. Jauh tak tapi amat berbaloi kerana pemandangannya teramatlah menakjubkan. Meh belanja sekeping dua ye. Semoga memberi inspirasi.
Subhanallah..
 |
| Terpaku jap.. |
 |
| Higway apa tah nama dia. |
 |
| Lupa sungai apa. |
 |
Pemandangan bandar Queenstown, NZ
|