Monday, April 15, 2019

:: Review Mimpi Perhentian, Long Beach, Terengganu ::

Assalamualaikum dan hai semua..


Hai korang. Saja nak share dekat korang tentang Mimpi, Pulau Perhentian. Actually kan this hotel maybe baru kot dekat Long Beach, Perhentian Kecil. Anis tak sure bila Mimpi ni buka tapi yang Anis memang ingat dulu sebelum ade nye Mimpi, Anis duduk tempat Mimpi ni jugak tapi hanyalah chalet berbentuk segitiga yang biasa sahaja. Moonlight Chalet. Pada yang pernah pergi dulu-dulu mesti tahu. Dulu lah time zaman bujang (2011) mcm tu, Anis dua, tiga kali lah juga sampai Pulau Perhentian ni. Time tu memang tak ada lagi ye Mimpi ni. Yang ade hanyalah Bubu Long Beach which is dulu-dulu memang top la kan. Tapi baru ni Anis pergi Bubu mcm dah tak gah berbanding Mimpi yang memang tersergam gah tepi jetty bila korang sampai je dari jetty memang korang akan lalu tepi Mimpi ye. But now repeat balik dengan anak-anak dan Mil dan Fil. And Anis spend a bit jugak la untuk duduk di Mimpi ni. Sebab Anis fikir dengan Zafran and Zaheen yang tengah melasak, so dalam masa yang sama memang teringin sangat-sangat nk duduk di Mimpi. Hehehehe...


Cerita pasal Mimpi ni, Anis book guna Agoda.com sahaja. Booking 2 bulan awal. Harga agak keras juga sebenarnya. Anis pilih Superior King (View Nature) means mengadap hutan. Hahahaha. Nak pilih Sea View mahal la pula plus that time untuk Sea View dah sold out biliknya, so Anis memang pilih Nature View sahaja asalkan boleh duduk Mimpi. Hehehehe. Anis book untuk 2 malam with free breakfast totalnya RM1,040.00 untuk 2 adults dan kids for free. Yang seronoknya bagi Anis tentang Mimpi ni, dia adalah yang paling dekat dengan jetty and depan dia ade pool air masin yang mana sambil mandi korang bolehlah cuci-cuci mata tengak orang lalu lalang. Hehehehe. So untuk korang yang inginkan kelainan why not duduk Mimpi kan. Overall dari segi accommodation memang tip top best, staff memang friendly habis, bilik memang cun and comfortable sangat. Breakfast buffet sedap and boleh lah untuk kenyang makan. Yelah sebab kalau dekat Long Beach kan memang mahal harganya, so, bila dapat free breakfast tu, of coz la memang menghayati tambah-tambah dengan deruan ombak laut. Ewaahhh..And senang cerita Anis memang puas hati dapat stay Mimpi Perhentian kali ni. Anis share picture yang Anis sempat snap k.


Picture time 2011. Moonlight Chalet. Sini la duduk time 2011. Now dah jadi Mimpi Perhentian.


View dari bilik (Moonlight Chalet), 2011 punya cerita weh. Nostalgia sangat.


Tidur kepenatan sementara nak tunggu check in. Lobby hotel memang selesa, sofa banyak dan empuk. Hehehe


Pemandangan waktu malam.. cantik.


Mandi pool air masin. Sakan ehhh..



Bilik Superior King Nature View. Ada balcony.


Antara menu breakfast yang sempat Anis snap. Nasi lemak sambal udang. Sedap.


View depan Mimpi. Ada kerusi korang boleh rilek then bawah pantai boleh main and jalan kedepan sikit ada ikan-ikan yang korang boleh bagi makan. Standby roti kosong. Hehehehe..


So, ni antara picture sempat Anis snap. Cuma trip kali ni tak sempat explore Pulau Rawa sebab bawak Zafran dan Zaheen. Memang all out semua, penat macam nak pengsan. Hahahaha. Tapi Anis memang enjoy Mimpi kali ni. Next trip mybe nak expolore Pulau Redang pula. Hehehehe.




post signature

Thursday, February 28, 2019

:: Review ReVisit Percutian New Zealand 2018 ::

Assalamualaikum w.b.t dan Hi korang semua. 


Akhirnya Anis bersiaran setelah lama mengsawangkan blog sendiri. Aduiii..maafkan Anis sebab hampir 1 tahun nan hado 1 posting pun. Sobssss..Busy sgt tu tak la pun, kekangan penyakit kemalasan untuk menulis dan mengupdate tu. Adoii. Tapi takpe. Korang, kali ni Anis nak share trip paling latest Anis pergi ye. Revisit New Zealand 2018. Hehehe. Ok, jom start. Trip kali ni Anis pergi berhari-hari sikit pada 16 November 2018 - 29 November 2018. Trip ni suppose 16 November sampai 28 November, tp beberapa minggu sblum fly, flight kne time reschedule so, Anis terpaksa tambah lagi sehari sbb tak dpt nk kejar masa bila dh reschedule tu. Jadinya total hari bersamaan 13 hari 12 malam. Kali ni betul-betul punye balas dendam trip yg Anis dh pergi 6 hari 5 malam tu. Sumpah wei, untuk NZ better korang plan lama wei. NZ terlalu besar untuk korang explore. Anis 12 hari ni just cover South ok. North Anis just duduk 2 malam jalan-jalan bandar Auckland. Tu pun klu korang nk jalan-jalan tgk hobbit la, glacier la apa la, please add lagi hari korang untuk North ye. Perjalanan bukan sekejap, semua main jam jam je. Keluar pagi, balik confirm  lemau. Hehehehe. Al maklumlah, kali ni Anis travel seramai 11 dewasa 1 kanak-kanak dan 1 baby ye. Amat-amat mencabar tapi super duper awsome dgn enjoy sgt dgn family member.


Macam biasa Anis akan share total bajet yang kitaorng habis sebab kalini pergi ramai, sewa 2 kereta, 2 caravan, ada van besar. Tapi pada Anis still murah dan rasa puas hati jugak sbb planning berjaya jugak. Hehehe..But Anis tak cakap yang trip Anis buat ni murah ye, sebab dia bergantung pada apa yang korang booking. Anis buat ni sebagai korang untuk rujukan bajet je supaya senang nak planning. Untuk rujukan currency, time ni rate Anis tukar 1 nzd = RM2.74.


Kos Auckland (North)
1) Kereta : RM186 (perpax)
2) Homestay (Booking.com) RM256 (perpax)
3) Minyak : RM147 (perpax)
TOTAL : RM589 (perpax)


Kos Christchurch (South)
1) Caravan 6 berth : RM1374 (perpax) 9 hari
2) Holiday Park : RM430 (perpax) 8 malam
3) Minyak : RM2000 ( RM330 perpax)
TOTAL : RM2134 (perpax)

Tiket Flight
1) Jetstar (Auckland-Christchurch) : RM453.61 perpax
2) Airsia (Kl-Auckland-Kl) : RM1460 perpax


Total untuk semua skali perpax RM2723 utk di NZ belum termasuk flight ye. Untuk 13 hari tau korang. Tiket flight ni nasib nasib sbnrnye. Anis dapat xdela murah mane. Biasa la AA byk nau add on nye. Jadinye, RM1460 tu anis dapat setelah ditambah lugagge, mkn, seat pergi. Itu saje. Tak tahu la nk kata murah ke tak ye. Sbb dlu Anis pergi dgn Mas RM1400 include semua. Tp skang tiada pilihan. AA jela yang mampu dah kira murah jugak lah berbanding airlines lain. Hehehe, nak sedapkan hati je ni. So, korang ni ringkasan bajet Anis ye dan dapat membantu korang. Meh layan gambar yang ade ni ha. Hehehe..


Tempat pickup caravan. RV Super Center



Kitaorg punye caravan. Britz 6 berth. Untuk 6 dewasa.


Anis listkan untuk Holiday Park South Island yang Anis stay sepanjang trip kat South Island k. Holiday park ni ialah tempat utk korang park caravan untuk bermalam charge caravan, electric, water supply, cuci segala benda tong yg ptt dicuci. Kat setiap Holiday Park ada accomodation diorng sndiri.  Yang basic toilet, kitchen, dining hall, bbq, laundry and mcm-mcm lagi. Tapi serius bersih ok. Cuma untuk laundry tu kena prepare duit sbb kitaorg byk juga mendobi weh. Ada baby kan. Dalam 10nzd cuci siap dry skali. Ni Anis listkan Holiday Park Anis. Antara Holiday Park ni Anis mmg dh pernah dtg. Semua Holiday Park ni Anis book melalui website je. Book then email diorng inform tentang booking kite. Ckp nk park sebelah-sebelah. Masa reply mmg pantas ok. No worries. Diorng mmg efficient. Macam Anis mmg request dekat dgn toilet la, kitchen la, nk view tasik la apela. Ahahaha..al maklum lah dh pernah smpai kan. Jadi bile smpai tu, dpt balik tempat tu, mmg mengimbau balik. Yela, dlu datang bertiga. Skang berempat. Waaaa..rindu plak NZ. Antara Holiday Park kitaorg. Byk lagi choice. Bagi Anis ni pun ok. Mmg recommend sgt utk korang. Cuma untuk Balcutta Holiday Park tu, Anis last minit mmg redah je. Sbb plan asal, nk gamble je tido tanpa charge caravan, tp mcm takut-takut jugak la sbb time Anis pergi tu mmg suhu agak sejuk, bile tak ambil Holiday Park, then tak boleh charge caravan untuk psang heater. Boleh je nk pasang tanpa charge, tp nnti tak boleh nk pasang dr mlm smpai ke esok pagi. Risau la jugak kan plus ade budak kecik and org tua lg, a bit risk la kan. So, alhamdulillah. Balcutta punye Holiday Park selesa sgt, tp cm krik krik sikit sbb daerah tu bukan tempat persinggahan untuk yg jalan-jalan naik caravan ni. Tp Anis bagi 5 bintanggg.. hehehe. Tapi korang daerah Balcutta best ok, sebab ade Warehouse. kikikiki. Kalau thu boleh shopping. Ni, thu lambat dh nk gerak ke daerah lain dh. Aiyoo..

 
1) Lake Tekapo Motels and  Holiday Park
2) Queenstown Lakeview Holiday Park
3) Te Anau Lakeview Kiwi Holiday Park and Motels
4) Balcutta Holiday Park
5) Dunedin Holiday Park and Motels
6) Timaru Top 10 Holiday Park


Total perjalanan Anis ni semua dalam 2000km ye. Plus sekarang NZ dah ade diesel tax weh, ni untuk caravan jela atau untuk pengguna kenderaan diesel khususnya, but klu sewa kereta, benda ni tak ade. Setiap 100km bersamaan dgn 6.62nzd. Ni rate yang Anis dapat dari RV Super Center. Korang kire la sendiri dah kalau travel 2000km tu, brape lg kne byar utk tax kan. Sbb die akan tgk meter caravan nnti bile dh pulangkan. So, masa pickup caravan tu, kitaorg ambil pakej add on dimana just tmbah lg 180nzd untuk unlimited km ok. 180nzd ni per caravan ok. Bawa la jauh mana beribu km lg, kire 180nzd tu dh siap semua. Tak payah pening pikir. Plus 180nzd tu include bila korang nk pulangkan caravan, tak payah beriya sgt kemas dh. Dah include fee cleaning, water tank, kumbahan tank tu tak pyah susah susah cuci ye. Tp RV Super Center tu patut say thank you kat kitaorg sebab kitaorg ni tak beriya sangat pun gune benda alah tu semua. Sebab, yela bile dh park dekat Holiday Park tu, dh gune kemudahan yang ada, so, caravan mmg bersih jela. 


Lagi apa ye yang nak korang thu. Jadi, total keseluruhan lebih kurang yang Anis mention dekat atas tu. Lebih kurang la ye. Depands pada berapa pax yang korang nak utk caravan tu. Tapi serius, korang kne try tau caravan ni sebab yela, Malaysia kan tak ade lagi menda alah ni. Haihh..rindu pulak pada caravan. So, pandai-pandai la korang buat pilihan k. Meh tepek sikit picture caravan kitaorang time trip haritu.
Time ni park dekat Lake Tekapo and Anis memang request view tasik same dengan tempat mase pergi 1st dlu. View memang superb wei. Nyamannnnnnn..

Ni dekat Balcutta Campsite. Bandar kecil je tapi ada Warehouse ok. Ahahahaha. Lambat tahu, kalau tak memang menyopping. Macam bandar koboi sikit.

Time ni park tepi jalan sekejap nak snap picture area Lake Pukaki. Tempat ni pun antara view tercantik. Senang cerita setiap perjalanan memang kene banyak berhenti sebab view memang cantik sangat.




So, Next entry Anis sambung lagi k pasal trip Revisit NZ 2018.




Erm apa lagi ye. 
post signature