Showing posts with label surfers paradise. Show all posts
Showing posts with label surfers paradise. Show all posts

Saturday, November 28, 2015

:: Total Kos Percutian Bajet Gold Coast, Australia ::

Salam,

Hai korang. Entry kali ni adalah mengenai kos-kos yang terlibat sepanjang Anis disana. Anis up kan entry ni supaya senang untuk korang buat gambaran bajet. Bukan apa. Merancang tu kan penting.

Tiket flight (return)       -      RM614
Apartment                     -      RM934
Kereta 8 seater              -      RM431
Currimbin Wildlife       -      RM79
       TOTAL                 -     RM2,058

Total ni adalah kos untuk seorang. Anis tak sure murah ke mahal bagi korang. Tapi Anis rasa murah dari travel agency yang Anis dah survey. Plus trip Anis adalah 6h5m. Kos minyak untuk kereta pula kitaorang habis dalam RM180. Jimat banyak gak kereta Kia Carnival tu. Berbaloi sangat. Bagi apartment plak sebenarnya boleh lagi murah. Tapi tengok kepada kawasan korang. Macam Anis, Anis pilih area Surfers Paradise. So,memang agak pricey. Jadi, pilihan di tangan anda. Lagi satu, Anis tak masukkan bajet untuk movie world ke ape. Sebab tu add on. Yela,bukan semua orang minat nak pergi tempat macam tu kan. Bajet ni ialah bajet asas sahaja ye. Anis harap korang dapat panduan dengan entry Anis kali ni.

Tq 

   
                       Will come again!!

Wednesday, November 25, 2015

:: Percutian Bajet Ke Gold Coast, Australia (Part II) ::

Salam, hai korang. Untuk kali ni Anis update contoh list declaration untuk makanan Anis. Australia sangat straight tau bab makanan ni. Jadi untuk memudahkan prosesnya. Kita sediakan list makanan apa yang kita bawak. Ni contoh macam Anis buat.





List Ubat yang Anis bawak.


Antara list makanan Anis. Ini bukan kedekut ye. Tapi yela. Kalau dah nama oversea makanan halal memang la agak mahal. Tak salah pun berjimat cermat. lagi pun Anis kan bawa mama abah dan ayah mak mentua sekali. Diorang pun bukanlah layan sangat makanan omputih ni. Hari-hari makan fish & chip kan jemu.


Lagi satu, make sure asingkan beg makanan dan juga baju-baju. Kalau tak nnti abis kastam punggah tengok makanan plus baju-baju. Itu kalau tak bernasib baik. Time Anis haritu, Alhamdulillahlah, kastam diorang lepaskan sebaik sahaja Anis tunjuk je list ni. Mudahkan. Lega rasa sebab memang tak banyak songeh pun.Selamat mencuba.





post signature