Wednesday, November 25, 2015

:: Percutian Bajet Ke Gold Coast, Australia (Part II) ::

Salam, hai korang. Untuk kali ni Anis update contoh list declaration untuk makanan Anis. Australia sangat straight tau bab makanan ni. Jadi untuk memudahkan prosesnya. Kita sediakan list makanan apa yang kita bawak. Ni contoh macam Anis buat.





List Ubat yang Anis bawak.


Antara list makanan Anis. Ini bukan kedekut ye. Tapi yela. Kalau dah nama oversea makanan halal memang la agak mahal. Tak salah pun berjimat cermat. lagi pun Anis kan bawa mama abah dan ayah mak mentua sekali. Diorang pun bukanlah layan sangat makanan omputih ni. Hari-hari makan fish & chip kan jemu.


Lagi satu, make sure asingkan beg makanan dan juga baju-baju. Kalau tak nnti abis kastam punggah tengok makanan plus baju-baju. Itu kalau tak bernasib baik. Time Anis haritu, Alhamdulillahlah, kastam diorang lepaskan sebaik sahaja Anis tunjuk je list ni. Mudahkan. Lega rasa sebab memang tak banyak songeh pun.Selamat mencuba.





post signature

Tuesday, November 24, 2015

:: Trip Bajet Lombok Version Honeymoon ::

Salam,

Hai korang. Anis nak update tentang trip ke Lombok 16 Okt 2015 - 19 Okt 2015. Apa yang Anis share ni bajet Anis ye. Sebenarnya boleh lagi murah kalau korang pilih lagi hotel bajet. Sebab di Lombok (Gili Trawangan) Anis pilih bilik yang ada pool. Yelah mood honeymoon la katakan.




Perbelanjaan Lombok 4h3m (2 pax)


i)     Transport Airport - Hotel Senggigi     = idr  300,000.00
ii)    Hotel Puri Senggigi                                = idr  240,000.00
iii)   Speedboat Gili Trawangan (Return)   = idr  900,000.00
iv)   Pool Villa Ottalia                                   = idr 3,500,000.00
v)    Snorkling 3 Gili                                      = idr  200,000.00
vi)   Cidomo Transfer Hotel                        =  idr  150,000.00
viii) Round Lombok+Airport                      = idr  500,000.00
       GRAND TOTAL                                   =  idr 5,790,000.00 (RM1,800.00 +-)




So, ni total bajet hangus Anis. Apa yang boleh sava ialah hotel yang korang pilih dan juga supir. Pandai-pandai la deal dengan supir untuk mendapatkan harga lagi murah. Lepas tu tuk speedboat ke Gili Trawangan tu, make sure pergi jetty. Nanti banyak boatman yang jauh lebih murah. Macam Anis speedboat agak mahal sikit sebab supir Anis markup banyak sangat. Ada tragedy plak dengan Supir. Tapi redha jela. Tak mau rosakkan mood honeymoon. Anyway, bila di Gili Trawangan, pengangkutan hanyalah cidomo dan juga basikal ye. Macam hotel Anis, free basikalnya. Next part Anis upkan pic.






Pool Villa.Harga bilik ni dalam RM450+ mcm tu la.Amik 2 malam.




Happy Honeymoon!!Yeayyy.Kemain tau.








post signature




Tuesday, November 17, 2015

:: Percutian Bajet Ke Gold Coast,Australia ::

Salam,

Hai korang.Lame tak update blog.Busy mengalahkan PM plak.Hihihi.Ade banyak story cuti-cuti dah tertinggal.Tapi Anis nak update holiday gold Coast dulu. Anis baru balik Gold Coast yang mane tiket flight sudah dibeli 8 bulan sebelum ye.Biasalah dah nama pun tambang murah. Kali ni trip Anis ramai, ada mama abah Anis dan mak ayah mentua dan juga rakan ofis kitaorng. Total semua sekali adalah seramai 8 dewasa 3 kanak-kanak.Trip kali ni memang Anis tak ambil mana-mana pakej dengan travel agensi bukan kedekut ye tapi lebih suka santai-santai gitu. TAPI, ada tapinya tau. Haruslah membaca dengan tekun untuk travel sendiri-sendiri lebih-lebih lagi bawa orang tua dan kanak-kanak. Pape pun enjoy gambar penginapan Anis dulu ye. Name apartment Anis Breakfree Acapulco. Area Surfers Paradise. Kalau jalan kaki tu dalam 10 minit sampai dah ke bandar dia. Plus ada train station. Senang cite la katakan. Anis book guna Agoda.com. Ambil view laut.Alhamdulillah servis diorng mmg puas hati.

Hall kitaorng. Luas gila kan. View laut.

Bersepah sikit.

Balcony

Dapur. Ada semua peralatan dapur. Oven bagai periuk senduk sudu semua siap. Make sure samaklah dulu ye. Bukan apa untuk kebersihan sahaja. Anis bawak Sabun Taharah tu. Senang sikit.

Antara stok makanan. Alhamdulillah semua lepas imigresen Australia.

Kereta yang disewa. 8 seater. Tambah GPS dan carseat. Malangnya Zafran taknak pun duduk. Tapi carseat wajib ye. Nak tak nak ambil jela.  Total untuk 6h5m ialah RM2,526.30. 





Last sekali nnti Anis akan up kan total bajet Anis ye. Sekarang Bagi gambaran dulu. Hihihi. Bye. jumpe next update ok.

post signature