Monday, May 21, 2012

:: Bakul Hantaran Murah!!! ::

Ok,kali ni anis nak cerita mengenai bakul hantaran anis.Banyak yang anis survey,satu kedai ni je yang paling murah dan anis rasa sangat berpatutan memandangkan hantaran anis nanti 13 buah kesemuanya. Haaaa..gitueewww..Banyakkan?So,kepada B2B tu anis cadangkan korang pergi sini.Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd.Paper bag dia pun not bad.Artificial flower dia pun banyak pilihan.Jadi,kepada B2B..pilihan di tangan anda (^_^).Bagi anis sangat berbaloi.If korang ada tempat lagi murah dan berpatutan.Bagitahu anis ok.

Bakul ini murah.Hanya RM8

:: ScrapnCrop Puncher ::

Barang baru untuk anis share kat korang.Anis beli online dari http://www.scrap-n-crop.com/.Benda ni untuk anis buat kerja-kerja doorgift untuk wedding anis.Almaklumlah,anis lebih suke nak buat sendiri.Lagi puas hati.Benda ni ada dua jenis bentuk.Satu bulat dan satu lagi bentuk bunga gitu.Sesuai kalau nak buat hiasan pada doorgift.Ada macam-macam lagi bentuk,tapi anis pilih untuk pilih dua jenis bentuk ni.

Ada dua bentuk yang anis beli
Bentuk pertama adalah bentuk bulat.Bentuk ini size 2.5"
Bentuk kedua bentuk ala-ala bunga-bungan sikit.Saiz bentuk ni adalah 2"  





Order!Order!Jar Doorgift!!

If korang berminat nak order Jar Doorgift,email anis ok.harga yang paling flexsible khas tuk korang.Jar doorgift yang sesuai tuk pelbagai jenis majlis.

Botol yang comel sesuai untuk doorgift pelbagai jenis majlis.

Friday, May 18, 2012

Baju Nikah

Anis tengah berfikir untuk idea baju nikah. Agak pening sebenarnya. Aaarrgghhhhh..Senyum saja la sekarang sebab terlampau banyak idea mencurah-curah. Kikikiki.. Anis berkenan dengan design yang dua ni. Tengoklah macam mana nanti. Kalau boleh, Anis nak simple je. Just nice je kat badan nanti.

Haaa..Suka Sangat Nie (^_^)

Ini Pun (^_^)

Thursday, May 17, 2012

Wednesday, May 9, 2012

:: Durian Runtuh Punya Hal ::

Terharuuuuuu (^_^)

:: Hantaran Anis Kepada Encik Tunang ::

Ok,kali ni nak cerita mengenai hantaran Anis kepada Encik Tunang. Mula-mula hantaran Anis hanya 7 dulang yang Anis sediakan, tapi alhamdulillah hantaran Anis bertambah jadi 15 semuanya. Terima kasih kepada kawan mama dan juga kawan Anis yang sudi memberi hantaran pada majlis Anis hari tu. Hantaran Anis semuanya Anis buat sendiri dengan kawan Anis, Ziela. Almaklumlah tangan tak berapa seni. Alhamdulillah apa yang Anis nak jadi seperti apa yang sepatutnya. Simple sahaja hantaran Anis. Thanks sangat kepada Ziela. Lepas ni, tanggungjawab diberikan pula untuk membuat hantaran kahwin Anis.Hehehehe..Anis sempat snap beberapa dulang hantaran saja.

Kek Pelangi ni Anis tempah pada Nazeha.Sedap sangat. Fanatik Kek Pelangi

Bahulu Ikan

Buah-Buahan dari Shazyani..TQ dear

Coklat

Cookies dari Cat Mew. Suka Sangat

Cookies jugak dari Hidayati.

Ni dari kawan mama

Udang dan Udang. Adik Beradik nih.hihihihi

Cookies jugak

Cookies jugak
 Kesimpulannya, hantaran tunang Anis terdiri daripada makanan sahaja. Time kahwin nanti barulah bagi barang-barang. Simple je kan. Ok, sebelum lupa, bakul untuk hantaran Anis tadi, Anis beli di Lovely Place sebelah Tesco Ampang. Murah tau korang. RM9.90 satu. So, pilihan di tangan anda. Untuk 7 dulang ni, modal Anis hanyalah RM200 sahaja. Itu habis jimat dah untuk hantaran pertunangan Anis. Korang pulak macam mana? Selamat membuat pilihan..(^_^)