Wednesday, May 9, 2012

:: Hantaran Anis Kepada Encik Tunang ::

Ok,kali ni nak cerita mengenai hantaran Anis kepada Encik Tunang. Mula-mula hantaran Anis hanya 7 dulang yang Anis sediakan, tapi alhamdulillah hantaran Anis bertambah jadi 15 semuanya. Terima kasih kepada kawan mama dan juga kawan Anis yang sudi memberi hantaran pada majlis Anis hari tu. Hantaran Anis semuanya Anis buat sendiri dengan kawan Anis, Ziela. Almaklumlah tangan tak berapa seni. Alhamdulillah apa yang Anis nak jadi seperti apa yang sepatutnya. Simple sahaja hantaran Anis. Thanks sangat kepada Ziela. Lepas ni, tanggungjawab diberikan pula untuk membuat hantaran kahwin Anis.Hehehehe..Anis sempat snap beberapa dulang hantaran saja.

Kek Pelangi ni Anis tempah pada Nazeha.Sedap sangat. Fanatik Kek Pelangi

Bahulu Ikan

Buah-Buahan dari Shazyani..TQ dear

Coklat

Cookies dari Cat Mew. Suka Sangat

Cookies jugak dari Hidayati.

Ni dari kawan mama

Udang dan Udang. Adik Beradik nih.hihihihi

Cookies jugak

Cookies jugak
 Kesimpulannya, hantaran tunang Anis terdiri daripada makanan sahaja. Time kahwin nanti barulah bagi barang-barang. Simple je kan. Ok, sebelum lupa, bakul untuk hantaran Anis tadi, Anis beli di Lovely Place sebelah Tesco Ampang. Murah tau korang. RM9.90 satu. So, pilihan di tangan anda. Untuk 7 dulang ni, modal Anis hanyalah RM200 sahaja. Itu habis jimat dah untuk hantaran pertunangan Anis. Korang pulak macam mana? Selamat membuat pilihan..(^_^)


No comments:

Post a Comment