Thursday, July 2, 2015

:: Percutian Bajet Ke Tokyo, Jepun (Part II) ::

Anis share kan perbelanjaan hangus Anis tuk keseluruhan trip ni. Berdua dengan husband sekali ok. Budget yang Anis sertakan tanpa makan. Sebab bab makan ni Anis habis dalam RM600 dengan husband. Sebab nya makanan halal di Tokyo amat2lah mhal. Kebab je dah RM15. Ayam tandoori je RM30 ok. Portion nye half je tau. Tabah jela. Kalau ikut selera melayu memang berhabis la duit untuk makanan sahaja. Tapi jimat-jimat.

Perbelanjaan selama 6h5m (Tokyo, Jepun)
(2 pax)

Bil
Perkara
Belanja Hangus
1.
Tiket Flight (Haruslah Airsia sebab mampu milik)
RM614 x 2 = RM1228 (return exclude luggage)
2.
Tambah luggage + meal (return)
RM 214 (2 pax)
*husband Anis tak ambil luggage pkai yang free 7kg tu. Anis punya 20kg ok.
3.
Tiket Disneysea
(beli siap2 online)
RM198 x 2 = RM396 (2 pax)
*Ini option if korang nak pergi
4.
Tiket Gotemba Outlet
(beli sehari awal di Station Shinjuku Station)
RM88 x 2 = RM176 (return)
*Ini option if korang nak pergi
5.
Tiket ke Mt. Fuji
(beli sehari awal di Station Shinjuku Station)
RM53 x 2 = RM106 (return)
*wajib pergi sebab nk tgk Mt. Fuji.
6.
Hotel (Oak Hotel)
3 star hotel
RM1262.48 (6h5m)
Semi double non smoking
7.
Subway,train di tokyo
i)    Suica card – RM100 x 2 = RM200
ii)  Tokyo Subway One day pas – RM25 x 2 = RM50
Total Kasar
RM3,632.48 (2 pax)


Anis share antara makanan Jepun yang sempat Anis rasa time kat sana. Semuanya halal. Insyaallah. Sebab nya, sebelum Anis try pape makanan kat sana, Anis dah google antara apa yang patut dan tidak. Jadinya jgn la was2.  Tp mostly nye semua halal. Anis pun tak berani nak masuk kedai pelik-pelik.

Ok. Ni sushi yang terdapat di area hotel Anis. Sebab Anis bukanlah penggemar sushi. Jadinye Anis just amik yang isi timun, ketam dan tuna sahaja. Benda2 isi ayam ke daging ke mmg xde kat kedai ni. Kedai ni lupa nama apa. Tp area Ueno, Tokyo dekat je ngn hotel. If pergi time malam, ada diskaun semua sushi mcm Jusco selalu buat tu.

Ok. Ni makanan yang Anis makan time di Disneysea. Roti blueberry jam. Beli 2 ketul. Satu tuk Anis and husband. Sebab nya banyak sangat yang jual pork. Jdnya, tak berani nak pergi bukan2. Plus dan tak larat sangat nk jalan cari makan. Disneysea ni tersangatlah besar ye. Kejang kaki pusing satu Disneysea.

Balik dari Disneysea jumpe kedai halal area hotel. Beriani. Apa lagi, Serbu terus. Order nasi beriani kambing satu. Memang terbaik.

Pic ayam tandoori yang kitaorg makan. yang Anis amik separuh ayam ok. Separuh. Of coz tak ckup sebab lapar. Eh, ada muka husband plak. Time ni kitaorg mmg lapar sgt sebab mkn 2 ketul roti je kot kat Disneysea.

Ha...tu dia. Memang lapar. Licin bakkk angg. Kata org kedah. Memang lapar tahap kebulur. Total Anis makan ni ialah RM120 ok. Bertabahlah.

Ni sushi tuna. Setelah Anis google2. Banyak yang cakap boleh makan sushi ni. Hanyalah inti tuna sahaja. Berharga RM3. Beli banyak2 buat stok. Layan je.

Isi dalam dia. Not bad gak. Kenyang gak la. Selalu beli 4 ketul. Sorang 2 ketul sebab kalau seketul mcm tak ckup. Huhuhu

Layan udon vegetable time dekat station Kawaguchiko. Time ni bru pas tour Mt Fuji.  

Ni beli mcm cucur sayur. Sedap mkan panas2. De cili sos lagi sedap. Hahaha.

Ni tako time kat Sensoji Temple. Anis amik octopus.  Lupa harga berapa. Rasa mcm mhal gak. Tp saiz nya amatlah gemuk2. Kenyang kot.

Yang menjadi favourite ialah set tempura. Senang betul area Ueno ni. Kedai ni tak tulis pun halal. But die 100% gune vegetable oil. And semua makanan die adalah berasaskan sayur dan juga seafood. Contohnya udang, ikan. lain2 bersaskan ayam daging mmg xdo. 

Mix tempura Seafood with rice. Sedap. Arghhhhh.. Tibe2 jadi rindu plak. Iskkkk..

Ni salah satu kedai halal yg mmg Anis hunting. Area Sensoji Temple. Sedap sangat. Memang kena dengan tekak.

Mee die. Lupa nama apa. tp mmg recommend sgt menu ni.

Sijil die. Yang sebelah kiri tu kedai die kat Malaysia. Rasanya kat JB kot. Lupa dah. Sebelah kanan tu, dr Halal Jepun.

Pintu kedai die. Susah gak cri. Pusing2 area Sensoji ni. Rupaya belah belakang2 sikit.

Bahan kudapan yang halal dekat Sensojo Temple.

Rice craker. Sedap sangat.
Ok. Tula antara makanan yang Anis makan time kat Tokyo, Jepun. Tapi, perlu diingatkan semuanya adalah mahal2 belaka. Jadi standbylah duit. Kalau jenis berjimat tang makan. Mmg akan jimat banyak. Anis bawa je Maggi semua tu. Tp tu time balik hotel pas jalan2 pun belasah gak. Lapar kot, Sebab penat jalan. So, done pasal itenarary dan juga budget.  Hope boleh membantu. Tapi rasa nya korang boleh je jimat lagi if tak pergi ke Gotemba Outlet tu. Macam JPO tu. Anis pergi sebab nak membeli something. Mana yang boleh jimat. Kita jimat kan. Janji sampai ke nagara orang. Hihihi.
Bye korang. Assalamualaikummmm.

post signature

2 comments:

  1. As salam wak..nk tya..kat tokyo awak duduk hotel kt ner?..byk hotel ke awk duduk tau duduk 1 hotel je selama awk di tokyo?..

    ReplyDelete
  2. Sy duduk dekat ueno hotel area ueno..sy duduk satu hotel je.

    ReplyDelete