Monday, December 16, 2013

:: Terlalu Banyak.. ::

Salam semua..

Blog yg kesepian, kesawangan, kehabukan dan macam2 lagi. Dah lame tak update. Terlalu banyak untuk dikongsi. Kini sy sudah bertiga. Syukur atas nikmat dan rezeki yg Allah telah berikan. Yang pastinya hidup diteruskan.

Macam2 cerita nk sembang ni. Nanti akan diupdate walaupun takde org yg akan bace pun. Tapi takpelah.Luahan di blog at least dpt redakan anis.

Friday, December 14, 2012

:: Kepulauan Maldives ::



Salam..


Nak share pic Maldives. Subhanallah. Memang canti tak terkata.



Ada rezeki memang saya dan suami nak kesini lagi. (^_^).



Post Syok Sendiri..Kikiki


Ambil Feel..


Ewahhh..


Seketika..


Taraaa...Welcome To Maldives..


Water Villas at Paradise Island Resort & Spa, Maldives


Gituueewww =)


Sesaje..


(^_^)


Anak Ikan Jerung Yang Jinak


Hope Sangat Dapat Sampai Sini Lagi..


Pasir Putih Tepi Pantai Sejernih Air. Ntah Apa Aku Merepek..


Inai Di Jari Kaki..


Ikan Pari Ni Nak MAsak Asam Pedas..Ke Ikan Bakar??Nyum..Nyum..

:: Musim Baju Peplum ::



Salam..

Akhirnya Anis dapat gak memiliki baju peplum. Almaklumlah tengah trend skang. Boleh gak la pakai tuk wedding sepupu Anis nanti. Anis beli 2 jenis. Satu songket peplum. Kira ala-ala songket. Then lagi satu peplum biasa saja. Gumbira hati bila dah dapat baju peplum ni.hihihihi



Baju Peplum Idamankuuuuu (^_^)







p/s : sila abaikan keadaan bilik yang bersepah..kikikiki

:: DIY Bakul Hantaran Yang Simple & Menepati Bajet ::

Salam...

Anis nak share design bakul Anis time kahwin haritu. ni je yang sempat Anis snap. Tema adalah biru pekat. Gigih mencari bunga ni,akhirnya Anis dapat gak. Sampai ke Balakong mencari.

Bakul : Fah Lean, Balakong
Bunga Biru & Bunga Putih : Fah Lean, Balakong
Bunga Ekor : Vivian, Chowkit

Keseluruhannya..merata-rata cari semua ni untuk siapkan 13 buah hantaran Anis.

Sempat Snap 3 Bakul Je dari 13 Bakul..huhuhuhu


Pandangan Atas


Pandangan Sisi


Pandangan Hadapan

Tuesday, November 27, 2012

:: Honeymoon di Maldives ::

Salam...

Nak story pasal Maldives.Memang AWESOME!!!Tak tahu nak story macam mane,tp pulau dekat Maldives memang antara yang tercantik yang Anis pernah pergi.


Time ni tunggu tuk Guest Registeration.Subahanallah.Memang indah ciptaan Allah.Air dia,udara dia memang menyegarkan. Picture ni dari side lounge Paradise Island Resort & Spa.

Picture ni dari Airport Male,Maldives.Depan tu ialah bandar Male.Dia berasingan tau.So,nak ke bandar Male ataupun nak ke airport ataupun nak ke resort-resort kene naik speedboat ataupun seaplane.Ikut sukala nak naik apa asal ada duit je.Time Anis nak ke bandar Male ni,Anis dan suami pilih naik speedboat.Harga cume $2 seorang sehala.naik boat biasa pula $1 je.Jadi ikut suka je nak naik mana.

So,sampai sini je story pasal Maldives k.Nanti Anis sambung lagi.Apa yang pasti,if ada rezeki lagi,memang nak pergi Maldives lagi.Insyaallah.

:: Pelamin Yang Diinginkan Akhirnya Tercapai ::

Salam...

Hai korang.Harini nak share pasal pelamin time Anis nikah & sanding haritu.100% dari Zaha Wedding Planner,Ipoh.Mane-mane B2B yang nak kahwin dan sedang mencari tu.Anis rekemen sangat-sangat wedding planner ni.Sangat berpuas hati.So,Anis share picture ok.

Pelamin Nikah by Zaha Wedding Planner,Ipoh


Pelamin Sanding by Zaha Wedding Planner,Ipoh

Lagi satu baju sanding.Anis memang tempah sebabkan Mama Anis yang nakkan songket time majlis Anis.Anis minat sangat dengan design Scha Al Yahya time wedding yang pakai songket hijau zamrud tu.Meleleh je tengok,so Anis decide amik design ala-ala dia then,suruh Zaha buatkan.So,the result is Anis sangat-sangat berpuas hati dan Mama pun nampak happy je.



Baju Songket Biru Time Majlis Sanding Anis by Zaha,Wedding Planner,Ipoh.Suke Sangat.

Kasut Sanding Pun Memang Suke Sangat by Zaha Wedding Planner,Ipoh.

Apa-apa pun semuanya telah selesai.Alhamdulillah lega sangat.Apa yang Anis impikan tercapai.Anis guna apa yang ada je.terima kasih sangat-sangat pada Abah dan Mama terutamanya yang bersusah payah tuk majlis Anis ni.Anis bagi Abah Mama MENANTU ni.hehehehe..(^_^)


Doakan Anis dan Suami.Semoga Hubungan Kami Berkekalan Hingga Ke AKhir Hayat.Aminnnnnn.

Thursday, November 8, 2012

:: Songket Lace For My Wedding ::

Salam..

Hai korang.Sihat?Alhamdulillah Anis dan selamat menjadi Puan.Hihihi.Kat sini Anis nak share something iaitu baju sanding Anis time majlis resepsi Anis hari.Baju ini dari idea mama sebenarnya yang nakkan songket.Jadi,setelah berbincang dengan wedding planner Anis,maka lahirlah baju songket Anis yang Anis berpuas hati sangat.Tapi gambar full takde pula.So, Anis upload mane yang ade jela ok.

Family Anis (^_^)

Tu Dia...Hihihi

Konsep Moden Tradisional Yang Mengetengahkan Songket Inspirasi Dari Baju Wedding Scha & Awal.

Dengan Rakan-Rakan Office (^_^)

Family Belah Lelaki.Meriah Semuanya.This Week Majlis Sana Pulak.Ke Muo La Kite (^_^)



Alhamdulillah,majlis telah selesai. And Anis berpuas hati sangat-sangat dengan perkhidmatan wedding planner Anis iaitu ZAHA WEDDING PLANNER di Ipoh.Gud job & thanks a lot to team Zaha. And kepada big bos Zaha iaitu Zaid, Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahgia hingga ke akhir hayat. (^_^)

Full baju wedding Anis, insyaallah Anis uploadkan.