Monday, December 19, 2016

:: Percutian Secara Bajet ke Hongkong & Disney Hollywood Hotel (5H4M) ::

Assalamualaikum dan Hai Uuollss...

Sendu sungguh blog Anis. Lama tak hapdate. Busy pun ye, mood pun tak berapa ade haa. Banyak tempat yang Anis tertangguh nak tulis sebenarnya. Anis update yang latest sekali lah ya trip Hongkong. Actually trip kali ni mmg khas Anis bawak anak Anis (Zafran) mmg nak ke Disneyland sahaja. Sebab dulu-dulu punya cerita Anis dah pernah honeymoon ke sini. So, this time mmg bawak Zafran dan spend ke Disney's Hotel. Anis tulis bajet Anis supaya korang boleh buat anggaran sendiri ok. 

Budget HK Trip 
1) Tiket flight return  -  RM350 per pax (Time Promo)
2) Guesthouse HK City  - RM600 (2 malam)
3) Disney's Hollywood Hotel  - RM2100 (2 malam)
4) Tiket Disneyland  - RM400 per pax (1 day entry)
5) Bus ekspress return airport hotel  - RM66 per pax
                          Total   :  RM3,516

* Jangan terkejut ya dengan budget Anis sbbnya Anis pilih duduk Disney's Hollywood Hotel. Memang Anis menabung ha.Muahahaha. If tak masuk disney hotel tu bajet korang hanyalah dalam RM1500 sahaja. Plus time Anis punya trip HK baru currency amatlah tidak cantik ha bersamaan 100hkd = RM64.05. Sedihkan.

Untuk pengangkutan awam pulak mmg naik MRT itupun Anis ke Victoria Peak sahaja dan outlet. Korang estimate la dalam RM100 seorang ok. Harap dapat membantu dengan trip budget Anis yang tak seberapa ni. Maaf kalau ada terlebih dan terkurang. Heeeee..

Anis share sikit picture ye..

Ini guesthouse Anis untuk 2 mlm. Mirador Mansion dekat je dengan Chungkin Mansion. Cuma masa nak masuk dalam ni Anis rasa horror sikit mcm rumah flat TAPI dalam guesthouse ni cantik sangat. Bersih sebab mcm baru lepas renovate. Tapi sempitlah. Nak solat pun atas katil je. Hotel kat HK semuanya pricey ok. Mana bajet lebih boleh la cari hotel yang comel-comel.

    
Penginapan untuk 2 malam seterusnya. Disne's Hollywood Hotel.

Cantik sebab ade background Mickey Minnie bagai.

Dalam toilet. Comel sangat.
 
 
Depan pintu masuk. Actually tak la depan sangat pun. Kena jalan kedepan lagi. Kira pintu gerbang dia ha.

Ni je sempat snap time kat dalam Disney's. Kalau lambat jawabnya mmg bertaur panjang la tunggu turn.

Antara game yang kitaorang naik. Mak ayah pun naik happy sekali sbb dulu-dulu tak sempat merasa naik benda lah ni.

Disney's Store. Harga boleh tahan. RM100+ ke atas ok. Standby duit je.

Stich ni kitaorang jumpe die berlegar dalam hotel. Best jugak sebenarnya duduk hotel Disney's ni. Sbb boleh terserempak dengan character cartoon Disney's. Ikut nasiblah jumpa apa. Mickey Mouse dari jauh je sempat nampak sbb time tu dh habis shift kot. Ahahahahah.
 
 
 
Sekianlah story untuk kali ini. Percutian tak seberapa Anis ke Hongkong. Yeahhh...
 
 
 
 
post signature
 

No comments:

Post a Comment